Thursday, September 27, 2012

Kritikal Dipatuk Ular Paling Berbisa Di Dunia


Seorang remaja warga Australia berada dalam keadaan kritikal selepas dipatuk seekor ular paling berbisa di dunia pada Khamis. Remaja berusia 17 tahun itu dikejarkan ke sebuah hospital di bandar Kurri Kurri, utara Sydney pada petang Rabu selepas menerima patukan di lengan kirinya. Rakan mangsa dilaporkan membawa sebuah tab plastik menempatkan ular tersebut yang dikenal pasti sebagai inland taipan. Bisa yang dikeluarkan ular tersebut boleh membunuh kira-kira 100 orang. Ular tersebut terdapat di benua Afrika dengan sekali patukan saja boleh membunuh manusia dalam masa 45 minit.







.

Ada perkampungan muslim di Vietnam


Ada yang unik di tepi Sungai Mekong, Vietnam. Di sini tinggal sekelompok masyarakat muslim yang hidup rukun dan sejahtera dalam sebuah kampung. Kawasan ini biasa dikenali dengan nama Cham Village. Jika anda datang ke Vietnam dan ingin melihat perkampungan muslim, datanglah ke Cham Village yang terletak di tepi Sungai Mekong. Kawasan ini berada di Distrik Chang Doc, An Giang, sebuah provinsi di sebelah barat Vietnam.


Selain menemukan masjid, di sini juga terdapat makam dan bangunan muslim lainnya yang boleh menceritakan sejarah berkembangnya Islam di Vietnam. Sambil menikmati suasana yang kental dengan budaya muslim, di sini juga punya makanan yang enak khas Melayu, iaitu surabi.






.

Obama memang seorang muslim?


Bukan Madonna namanya kalau di setiap konsertnya tidak ada sesuatu yang kontroversi. Entah sengaja atau tidak, Madonna menyebut Obama sebagai "black muslim in the White House". Ini terlihat dalam sebuah video YouTube memperlihatkan Madonna mengajak semua penonton konsertnya di Washington DC, untuk memilih Obama sebagai presiden AS lagi pada pemilihan presiden November akan datang. "Sebaiknya kamu semua pilih Obama. Apapun yang terjadi.. Kita miliki seorang muslim berkulit hitam di White House!" seru Madonna seperti yang dipetik dari E! Online.






.

Info : Inilah kolam renang terbesar didunia..


Kolam renang yang satu ini bukan hanya indah tapi juga terbesar di dunia. Kolam renang ini terletak di San Alfonso del Mar di Algarrobo, Chili. Kolam renang ini mempunyai panjang 1 km, meliputi 20 hektar dan menampung 66 juta galon air.


Oleh kerana begitu besarnya kolam renang ini sehingga pengunjungnya boleh menggunakan kayak dan perahu kecil, dengan disokong sistem yang dikendalikan komputer untuk menampung air laut dari hujung kolam renang dan dipam keluar di hujung lainnya.






.

Malangnya, dengar khabar iphone 5 banyak masalah.. Inilah masalahnya...


Pelancaran iPhone 5 pada minggu lalu telah menjadi satu daripada yang terbesar dan paling berjaya dalam sejarah, tetapi itu tidak bermakna ia tidak mempunyai masalah. Pengguna yang telah membeli telefon pintar keluaran Apple itu mendakwa versi iPhone terbaru tersebut mempunyai banyak masalah. Antara aduan yang dibuat adalah penyambungan wi-fi yang tidak berfungsi, keretakan pada bingkai aluminiumnya, selain laporan cuaca yang mengelirukan daripada pengaktifan suara aplikasi Siri serta laporan kelipan lampu dari tepi telefon itu.

Telefon pintar iPhone 5 turut dikatakan 'bergetar' ketika digoncang menyebabkan bateri cepat kehilangan kuasa dan beberapa pengguna lain berkata, mereka kehabisan bateri dalam tempoh hanya beberapa jam. Pengguna turut memberi amaran, perkhidmatan penyimpanan iCloud yang dikendalikan Apple akan dikurangkan daripada 20 gigabait (GB) kepada 5 GB pada penghujung bulan ini, sekali gus membahayakan simpanan sokongan.

Aduan lain yang diterima termasuk aplikasi Maps baru Apple yang tidak lengkap, laman web Ars Technica yang menjengkelkan pengguna dan banyak sumber daripada forum yang menyokong Apple. Ketika ini lima juta produk itu telah dihantar dalam tempoh pelancarannya pada hujung minggu lalu. - AGENSI





 P/S - Arghh.. masalah sebab terfikir nak dapatkan satu..






.

Subhanallah! Roti ‘Didapati’ dengan Surah Al-Fatihah


Sebuah kedai roti di kota Homs Syiria ‘menjual’ rotinya dengan bacaan surah Al-Fatihah setelah bangunan dan masjid yang berdekatan dengan kedai itu dihancurkan tentera rezim Assad. Beberapa halaman di laman jejaring sosial Facebook menyebutkan bahawa pada papan yang terletak di atas ‘kedai roti para syuhada’ itu tertulis “Satu roti untuk bacaan surah Al-Fatihah.” Para pemuda yang bekerja di kedai itu membahagi-bahagikan roti secara percuma kepada masyarakat dengan syarat mereka mahu membaca surah Al-Fatihah dan niatnya dikirimkan untuk para syuhada yang berasal dari kota Homs dan kota lainnya di Syiria. Kegiatan ini dilakukan agar warga kota lain terbuka hati untuk menyalurkan bantuan ke Homs.

Menurut salah seorang aktivis Homs, “Anak-anak di sini membaca surah Al-Fatihah untuk mendapatkan sejumlah roti yang akan mereka bahagi-bahagikan ke rumah penduduk.” Tindakan seperti ini, seperti yang dianalisa beberapa pemerhati dan aktivis politik, menunjukkan bahawa rakyat Syiria dapat bersatu untuk menghadapi perang yang sedang dilancarkan oleh rezim Assad. Nampaknya sepotong roti percuma yang didapatkan dengan bacaan surah Al-Fatihah lebih besar kesannya daripada pesawat yang membom wilayah itu dan menghancurkan masjid-masjidnya sehingga mereka tidak memperdulikan tentera pro Assad yang akan menyerang mereka tiba-tiba.

Perlu diingat bahawa Bashar Al-Assad telah mengubah kota Homs menjadi kota bencana kerana dianggap sebagai kubu revolusi Syiria, ini dibuktikan dengan adanya kerosakkan bangunan di mana-mana. Rezim Assad menghentikan pasukan makanan dan ubat-ubatan bagi warga Homs agar mereka menyerah dan undur dari perjuangan melawan Assad. Pada kenyataannya mereka tetap bertahan dan memberikan contoh terbaik kepada semua orang.






.

Ciptaan unik untuk tidur yang selesa


Syarikat reka bentuk, Kawamura Ganjavian Studios mencipta sejenis produk bantal yang boleh digunakan untuk tidur dengan selesa tidak kira di mana-mana sahaja. Kebiasaannya, orang ramai yang sering tidur di platform kereta api, lapangan terbang atau di atas meja di pejabat akan mengalami sakit tengkuk. Namun, bantal terbaru yang dikenali sebagai Ostrich Pillow membolehkan pengguna berasa lebih selesa untuk tidur dalam apa jua keadaan. Penciptanya, Ali Ganjavian, 33, menghasilkan bantal tersebut dengan menggabungkan ciri-ciri bantal mewah dan sarung muka, yang membolehkan penggunanya merehatkan kepala dan tangan di dalam bantal unik itu.

"Kita menghabiskan banyak masa setiap hari untuk bekerja dan tidur merupakan perkara penting dalam hidup kita. "Jadi saya terfikir untuk mencipta produk yang membantu kita tidur dengan selesa," katanya. Bantal tersebut dicipta untuk menghalang sebarang bunyi bising atau cahaya terang, sekali gus sesuai digunakan di tempat yang sibuk seperti di lapangan terbang. Nama bantal itu, Ostrich Pillow yang dijual pada harga 50 pound (RM248), diambil sempena cara burung unta menanam kepala di dalam pasir. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!