Friday, October 12, 2012

Kenali hamster sebagai binatang peliharaan yang baik


Hamster biasanya bersifat diam walaupun dikatakan mereka kadang-kadang aktif pada awal pagi hari atau lewat petang. Mereka adalah penggali yang baik, membuat lubang dengan pintu masuk satu atau lebih dan dengan galeri yang terhubung dengan kamar mereka untuk sarang, gudang makanan dan aktiviti lainnya.


Setelah hamster betina bunting, induk hamster akan membangunkan sarang dan mengumpulkan anaknya disana. Mereka tidak berambut, mata mereka tertutup dan sangat kecil. Setelah 1 minggu, mereka mulai berkeliling sarang mereka dan makan. Setelah 3 minggu, anak hamster boleh meninggalkan sarang mereka. Kecuali untuk hamster Roborvski, yang boleh keluar dari kandang dalam waktu 4 minggu.

Biasanya, hamster jantan dan betina dipisah saat hamster betina beranak, untuk menghindari hal yang tidak diinginkan. Anak dari hamster juga tidak boleh dipegang, agar tidak dimakan oleh induk. Kerana kebiasaanya, induk akan makan anaknya..





.

Kenali keunikkan Kumbang Penggali (Burying Beetle)


Ibu kumbang akan memberi makan setiap anak-anaknya, satu per satu... namun ketika jumlah makanan habis, maka anak terakhir bukan hanya tidak mendapat merasai makan, namun juga akan dimakan hidup-hidup oleh ibunya. huhu ngerinya...

Fakta : Kumbang Penggali biasanya tinggal di dalam bangkai tikus. Dan ibu Kumbang selalu bertelur dengan jumlah lebih banyak dari jumlah makanan yang ada (bangkai tikus) maka untuk meningkatkan kesempatan pertumbuhan yang lebih besar bagi semua keluarga, jumlah anak harus dicukupkan dengan jumlah makanan, bukan sebaliknya...





.

Uniknya, ada jagung berwarna ungu yang memilki khasiat baik


Biasanya jagung yang kita kenal itu ada dua, jagung biasa dan jagung manis, kini memkenalkan si jagung ungu. Jagung yang satu ini warnanya ungu gelap kehitaman. Konon rasanya tidak berubah dari rasa jagung biasanya, hanya saja warnanya memang berbeza. Jagung ini, seperti dipetik oleh IndiaTimes adalah produk pengembangan makanan masa depan, yang bermanfaat besar bagi kesihatan. Jagung ini dapat menyembuhkan diabetes tahap 2 dan penyakit ginjal. Umumnya diabetes tahap 2 disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, dengan pengambilan yang teratur maka jagung ini akan membantu menyeimbangkan gula darah tubuh. Saat ini jagung ini hanya tumbuh dan dikembangkan di daerah Peru dan Cili, di mana warna ungunya disebabkan oleh kandungan antosianin (sejenis flavonoid) yang juga merupakan zat anti diabetes.

Para peneliti dari departmen makanan dan nutrisi serta biokimia universiti Hallym di Korea juga ikut serta meneliti jagung tersebut. Ditemukan bahawa ada sel dan molekul antosianin aktif dalam jagung ungu. Hingga saat ini belum diketahui jelas dan mendalam soal pengaruhnya terhadap daya tahan diabetes, namun apabila memang diyakini ini adalah ubat baru untuk penyakit diabetes, maka para ilmuwan akan membantu pengembangannya.

Penelitian tentang hal ini disampaikan pada the American Journal of Physiology - Renal Physiology. Mari berharap bahawa apa yang ditemukan oleh para peneliti ini akan dapat membantu mengatasi penyakit diabetes tahap 2 dan ginjal pada masa depan.







.

Wanita Terima Hukuman 30 Tahun Menyamar Sebagai Budak Lelaki


Seorang wanita yang menyamar sebagai budak lelaki untuk menjerat mangsa seorang gadis berhadapan hukuman 30 tahun penjara. Carissa Hads, 25, mengaku bersalah pada Rabu di mahkamah Clarksburk di West Virginia, Amerika Syarikat dengan tujuan mengadakan hubungan seks dengan mangsa. Seorang penyiasat mengatakan Hads berpura-pura menjadi budak lelaki berusia 18 tahun di laman sosial Myspace dan memulakan hubungan dengan mangsa pada tahun 2010.

Seorang penyiasat polis negeri pula berkata Hads memakai pendakap belakang untuk menutup dadanya dan dia telah bertemu gadis tersebut sekurang-kurangnya tiga kali. Aduan jenayah mengatakan Hads pernah membuat satu pertemuan seksual dengan gadis tersebut namun tidak menanggalkan baju. -AP





.






.

Seni dari mata pensel.. unik bukan?


Apa yang akan anda lakukan jika pensil anda telah di raut berulang-ulang sehingga mencapai titik maksima ( terlalu pendek )? Ramai dantara kita pasti akan membuang saja pensil tersebut. Namun jangan terkejut, rupa-rupanya, hujung pensel yang kita rasa tidak ada gunanya itu, masih boleh menjadi seni yang sangat unik dan menakjubkan.


Lihat saja pada gambar, betapa ada orang dengan idea yang sangat kreatif mengubah sisa potongan pensel, yang mungkin pada kita sangat mustahil untuk dilakukan. Ya, dia berjaya, berjaya dengan cemerlang.. Malangnya, kita tidak dapat info lengkap mengenai pencipta seni kreatif ini..








.

Kerana pusat rawatan kecantikan, seorang maut, tiga masuk hospital


Pihak berkuasa Hong Kong berkata, seorang wanita Hong Kong meningga dunia dan tiga yang lain sedang bertarung nyawa selepas menjalani rawatan kecantikan yang melibatkan pemindahan darah. Pihak bekuasa Hospital Hong Kong berkata, wanita berusia 46 tahun itu kerana kejutan septik selepas menerima rawatan di klinik kecantikan. Rawatan itu sedang diuji sebagai kaedah untuk melawan kanser tetapi dalam kes tersebut, ia telah digunakan untuk tujuan kosmetik.

Kes itu menimbulkan kebimbangan mengenai rawatan yang berpotensi berisiko apabila beberapa klinik di kebanyakan bandar menawarkan rawatan yang mendakwa dapat meningkatkan penampilan seseorang. Setiausaha kesihatan bandar pada Khamis berjanji untuk mengkaji semula peraturan-peraturan yang mengadakan kawalan terhadap klinik dan kemudahan perubatan swasta lain. - AP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!