Friday, October 12, 2012

Wanita Terima Hukuman 30 Tahun Menyamar Sebagai Budak Lelaki


Seorang wanita yang menyamar sebagai budak lelaki untuk menjerat mangsa seorang gadis berhadapan hukuman 30 tahun penjara. Carissa Hads, 25, mengaku bersalah pada Rabu di mahkamah Clarksburk di West Virginia, Amerika Syarikat dengan tujuan mengadakan hubungan seks dengan mangsa. Seorang penyiasat mengatakan Hads berpura-pura menjadi budak lelaki berusia 18 tahun di laman sosial Myspace dan memulakan hubungan dengan mangsa pada tahun 2010.

Seorang penyiasat polis negeri pula berkata Hads memakai pendakap belakang untuk menutup dadanya dan dia telah bertemu gadis tersebut sekurang-kurangnya tiga kali. Aduan jenayah mengatakan Hads pernah membuat satu pertemuan seksual dengan gadis tersebut namun tidak menanggalkan baju. -AP





.






.

2 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on October 12, 2012 at 1:15 PM said...

ni kes kurang kasih sayang daripada lelaki la ni..hehehe

mujagirl92 on October 12, 2012 at 2:42 PM said...

sangat giler

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!