Thursday, October 18, 2012

Pelik! Buah kelapa ini boleh bersuara..


Warga Dusun Pamasalak, Pekon Sinarbaru, Sukoharjo, Kabupaten Pringsewu, Lampung, dihebohkan dengan buah kelapa yang boleh bersuara. Buah kelapa milik Rustam Nawawi (47) itu boleh mengeluarkan suara seperti suara anak ayam. Kejadian aneh itu kali pertama diketahui oleh seorang jiran Rustam bernama Yogi. Ketika hendak memasak air di dapur rumah Rustam, Yogi mendengar suara seperti anak ayam. Suara itu jelas mengejutkannya kerana di sekitar rumah tidak ada yang memiliki anak ayam. Dia sempat terfikir suara itu merupakan dering telefon bimbit, namun ketika diperiksa seisi rumah, tidak ada telefon yang berbunyi.

Merasa ada keanehan, Yogi dan Rustam mencari sumber suara tersebut. Ternyata, suara datang dari tumpukan kelapa di bawah meja dapur. Mereka memeriksa dan mendapati suara itu berasal dari sebuah kelapa kering. “Saya ingin tahu dan mengupas kulit kelapa mungkin ada sesuatu di situ, tetapi tidak ada,” ujar Rustam. “Bunyinya, seperti anak ayam, 'ciep, ciep, ciep',” ujarnya sambil meniru suara itu. Infomasi tentang kelapa yang boleh mengeluarkan suara itu dengan cepat tersebar kepada seluruh penduduk yang mendatangi rumah Rustam. Anehnya, tidak semua orang yang datang boleh mendengar suara itu.






.

Labu juga ada warna Pink


Seorang petani menemukan cara unik untuk menyokong gerakan Breast Cancer Awareness Month. Iaitu, menanam labu warna pink atau merah jambu. Bert Bouwman, petani yang memiliki 15000 biji labu di ladangnya di Brooklyn Park, Minnesota. Dia juga sudah menuai labu warna pink bersama anak-anaknya akhir minggu lalu. "Ada ramai petani labu di luar sana, tetapi belum ada yang menanam labu warna pink. Jadi ini adalah produk kombinasi yang baru, dan yang paling penting cara baru menyokong kempen itu," tutur Bouwman.


Bouwman adalah salah seorang dari 50 petani sayuran di seluruh Amerika yang terut menyertai kempen Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Kampen tersebut tepatnya dibuat oleh Pink Pumpkin Patch Foundation. Labu berwarna pink tersebut pertama kali ditemukan oleh petani dari Colorado sekitar lima tahun yang lalu. Para petani labu lain kemudian mula mengembangkan benihnya. Labu pink itu lantas diberi nama porcelain doll. Selain digunakan sebagai promosi, labu pink juga dituai untuk perayaan Halloween. Brouwman juga menyebut labu pink mungkin tidak sesuai diukir menjadi jack-o-lantern. Tetapi porcelain doll sudah cukup manis dijadikan hiasan.





.

Karya seni menakjubkan dari bahan terbuang


Karya seni memang boleh diciptakan dari berbagai benda bahkan dari tompokan barang-barang yang sudah tidak terpakai, mungkin juga lebih baik dibuang di tong sampah saja. Namun, sebaliknya, daripada barang terbuang itulah yang boleh membuat sebuah karya seni yang menakjubkan.


Hanya dapat dilihat melalui bayangan.. Betapa uniknya. Dan rasanya, perlukan kesabaran tinggi juga untuk menyiapkan karya seni yang satu ini..huhu





P/S - Tiba-tiba ingat ada satu iklan baru tu, anak dia buat sesuatu dari mainan-mainan dia dan jadikan bayangan sebijik macam ni kan.. Ada nampak tak?







.

Ada UFO berbentuk bola cahaya terbang melintasi sebuah kenderaan


Seorang pengusaha sedang memandu keretanya di sepanjang jalan tol dekat Palmas, Tocantins, Brazil. Sedang asyik-asyiknya memandu, tiba-tiba dia melihat sebuah bola cahaya yang sangat terang terbang mendekati keretanya. Bola cahaya itu segera menyamai kelajuan keretanya. Dan dalam hitungan detik, ia sudah ada di depan kereta. Terkejut, lelaki itu segera mengambil telefon bimbitnya dan mengambar objek misteri itu. Lelaki itu memastikan bahawa bola cahaya tersebut bukan refleksi lampu blitz kamera kerana dia tidak menyalakannya ketika mengambar objek tersebut. Walaupun sukar dipercaya, namun jalan tol yang dilaluinya memang merupakan sebuah wilayah yang dipenuhi dengan penampakan bola cahaya aneh. Sebelumnya beberapa saksi lain pernah melaporkan melihat objek metalik misteri yang terbang di atas jalan tol tersebut.







.

Wanita berusia 82 tahun gagalkan rompakan bank


Seorang nenek berusia 82 tahun di Austria berhasil menggagalkan rompakan bersenjata terhadap sebuah bank. Herta Wallecker melompat dari bahagian belakang lelaki perompak yang ingin merompak bank di kampungnya, Sank Egyden, di Austria timur. Dia berhasil merobek topeng yang dikenakan perompak dan merampas wang tunai dari tangannya biarpun si perompak membawa sepucuk pistol dan bom. Ketika merampas wang itu, Wallecker dilaporkan berteriak, "wang ini milik bank" dan menyuruhnya untuk bekerja jika ingin mendapat wang.

Perompak itu melarikan diri dengan tangan kosong namun polis berhasil menangkapnya, dengan identiti Gerhard P dan berusia 62 tahun. Kepada surat khabar Oesterreich, nenek itu mengatakan tindakannya itu mungkin kerana dia banyak menonton rancangan polis di TV. "Ada juga beberapa orang lelaki di sana, berdiri. Tidak satu pun mengangkat jarinya," tambah Herta Wallecker. Bagaimanapun dia menambah, keberaniannya mungkin kerana kemarahan atas seorang yang mencuri, sementara orang lain harus bekerja keras untuk mendapatkan wang.






.

Selama 2 tahun, lelaki ini terlupa dimana dia telah parkir keretanya


Seorang lelaki di Berlin, Jerman bertemu kembali dengan keretanya setelah dua tahun lupa dimana dia parkir. Setelah minum-minum pada suatu malam bulan Disember 2010 dan pencarian yang tidak membuahkan hasil keesokan harinya, pemilik kenderaan tersebut melaporkan keretanya hilang kepada polis Munich. Pihak polis menemukannya bulan lalu setelah polis lalu lintas melihat road tax kereta itu sudah habis tempohnya. Polis menemui kereta itu 4 km dari tempat dimana lelaki berumur 33 tahun itu rasa adalah tempat sebenar keretanya diparkir (4km???). "Anehnya letaknya terlalu jauh, meskipun si pemilik yakin dimana dia meninggalkannya," ujar jurucakap polis Alexander Lorenz. Di dalam kereta tersebut terdapat peralatan mahal seperti mesin gerudi dan pemutar skru elektrik.





.

Gempar! Daging babi dijual sebagai daging lembu


Badan Makanan Nasional Sweden mengeluarkan amaran ke seluruh Eropah setelah daging lembu yang dijual ternyata adalah daging babi yang disuntik dengan pewarna makanan. Daging lembu palsu itu ditemukan oleh penjual Sweden, Svenks Cater setelah sejumlah besar daging dikembalikan pengguna kerana diakui terlalu basah. Beberapa pihak risau, daging yang diberi perwarna itu akan membahayakan kesihatan kerana tidak seperti daging lembu, daging babi tidak boleh dimakan dalam keadaan mentah. Pewarna makanan itu sendiri juga dibimbangi akan membahayakan kesihatan. Tidak jelas apakah daging dari Hungari itu telah dihantar ke kedai atau restoran.

Pontus Elvingson, petugas badan pengawas makanan Sweden mencurigai adanya kecurangan berkaitan penjualan daging lembu itu. "Hasil penelitian menunjukkan daging itu ternyata babi dan bukan daging lembu dan perusahaan yang berkaitan tentu marah dan melaporkannya kepada polis, " kata Elvingson. "Daging yang dijual juga dilihat lebih merah dibandingkan daging babi biasa sehingga ada kecurigaan bahawa seseorang menambah zat khusus sehingga daging bertambah merah namun penambahan bahan itu tidak diberitahu oleh penjual," tambah Elvingson. Kerajaan Sweden mengatakan mereka telah menghubungi pejabat Hungari untuk meneliti lebih lanjut masalah ini.






.

Bayi malang ini didera teman lelaki ibunya..


Seorang bayi berusia lapan bulan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya. Nur Irisyafida Balkis, dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu kerana mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera. Dia meninggal dunia jam 2.30 petang semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini. Ibu mangsa, yang dikenali sebagai Aida, 29, ketika ditemui berkata, sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital, dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Aida terkilan kerana Balkis, yang sudah pandai merangkak dan baru hendak belajar berjalan, tidak sempat menggunakan 'baby walker' yang dibelinya. -Mstar







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!