Monday, October 22, 2012

Kenapa wanita ini takutkan tandas?


Seorang wanita England memiliki rasa takut terhadap tandas sehingga dia selalu lari setiap kali mendengar suara air pada tandas. Hal itu sering membuatnya merasa seperti ingin ditelan oleh tandas. Ney Decino, setiap kali ingin ke tandas dia selalu meminta anggota keluarganya untuk menarik air tandas untuknya. Fobia aneh ini bahkan memaksanya untuk bekerja dekat dengan rumah agar dia boleh lari kembali ke rumahnya, hanya untuk menggunakan tandas. Menurut wanita berusia 20 tahun itu, dia merasa lebih aman dirumahnya. “Suara air membuatku merasa menggigil sampai ke tulang belakang. Ini mengerikan kerana saya merasa seolah akan ditelan tandas. Saya tidak tahan lama di dalam tandas,” ujar Ney.

Ketakutan Ney ini bermula ketika usianya baru empat tahun, setelah melihat filem di tahun 90 an yang berjudul Look Who’s Talking Too. Dalam filem itu sebuah tandas hidup dan menjerit dengan mata yang besar dan taring yang tajam. Hal itu yang telah menghantui Ney sejak saat itu. "Sejak aku melihat filem itu, aku ketakutan. Ketika aku berusia sekitar 11 tahun," ujar wanita berambut perang itu. Fobia masa kecilnya itu masih menghantui sampai hari ini sehingga dia menolak untuk menggunakan tandas awam.






.

Pelukis ambil 1,200 jam hasilkan lukisan gergasi


Seorang pelukis Amerika Syarikat mengambil masa selama 1,200 jam dan menggunakan lebih 100 batang pensil untuk menghasilkan sebuah lukisan besar yang dipamerkan pada pertandingan seni ArtPrize 2012 di sini, baru-baru ini. Chris LaPorte dari Michigan menghasilkan lukisan yang mempunyai ukuran lebar 3.9 meter dan panjang 7.9 meter pada pameran seni antarabangsa yang diadakan di Muzium Seni Grand Rapids, di sini pada awal bulan ini. LaPorte menggunakan gambar datuknya bersama sekumpulan ahli pancaragam sekolah tinggi untuk menghasilkan lukisan kabur yang digelar sebagai City Band. Katanya, dia mendapat inspirasi tersebut selepas menemui gambar yang berusia 80 tahun berkenaan di bilik bawah tanah rumah ibunya. Gambar itu merupakan gambar datuk saya bersama ahli kumpulan pancaragam sekolahnya.

Gambar tersebut telah rosak dan kabur seperti tidak wujud, mengingatkan kenangan saya bersamanya," katanya. LaPorte yang bekerja sebagai seorang pelukis lakaran kartun berkata, dia telah menghasilkan 100,000 potret manusia. Katanya, dia belajar daripada keadaan persekitaran untuk mengetahui tindak balas muka orang lain. Menghasilkan lukisan merupakan perkara yang hebat tidak kira berapa usia dan latar belakang anda. Perniagaan karikatur dan potret berjaya menampung kos pelajaran, perjalanan dan studio seni saya," jelasnya. Lukisan City Band mendapat tempat ke-10 pada pertandingan ArtPrize awal bulan ini dan LaPorte pernah mendapat tempat pertama melalui satu lagi lukisan gergasi baru-baru ini. - AGENSI






.

Ketahui pasar terbesar di dunia dengan 3000 kedai


Grand Bazaar adalah pasar terbesar dan tertua di dunia. Pasar ini berada di Ibu Kota Turki, Istanbul. Grand Bazaar memiliki lebih dari 3000 kedai di dalamnya. Ketika memasuki Grand Bazaar di Istanbul, anda akan disambut tumpukan rempah-rempah, aroma tumbuhan menyerbak, dan berbagai bumbu dapur. Selain itu, dijual pula beragam lampu, pasu, karpet, dan permadani khas Turki. Setiap tahunnya, Grand Bazaar dikunjungi hingga 15 juta pelancong.

Hal ini menjadikannya destinasi perlancongan terbanyak dikunjungi di Eropah. Barang terbaik yang dapat anda beli di pasar ini adalah perhiasan emas dan batu mulia. Harga-harga perhiasan ini lebih murah berbanding tempat manapun di dunia, dan setiap kedai mempunyai tukang kraf perhiasan yang dapat membuat rantai atau gelang seperti yang anda inginkan.






.

Idea yang baik untuk perniagaan yang untung?


Seorang ahli perniagaan kereta di Depok, Jawa Barat, sanggup mengubah bilik pameran keretanya kepada sebuah ladang ternakan yang luas dalam usaha menarik pelanggan membeli lembu menjelang Hari Raya Aidiladha minggu depan. Bagi menambah minat orang ramai, Doni turut mengupah gadis-gadis cantik berpakaian ala koboi untuk melayan pertanyaan pelanggan mengenai lembu-lembu yang dijual di bilik pameran seluas 1,000 meter persegi berkenaan. Strateginya itu ternyata berjaya mengaut keuntungan apabila lembu-lembu ternakannya dijual antara harga Rp10 juta (RM3,159) dan Rp167 juta (RM52,757).






.

Dia masih hidup walaupun pisau menembusi kepalanya


Zhang Lan yang berasal dari China masih sihat meskipun pisau menembusi di kepala hingga tengkoraknya. Peristiwa ini terjadi minggu lalu. Hasil foto sinar X memperlihatkan benda tajam itu menusuk sedalam 12.7 sentimeter. Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Lan mampu bertahan dari kesakitan. Namun keluarganya tak mampu melihat penderitaan perempuan itu. Lan segera dilarikan ke klinik tempatan tetapi doktor bertugas saat itu tidak mahu membantunya. Si doktor mengaku takut menangani pesakitnya sebab kesalahan sedikit dapat membuatkan nyawa Lan melayang.

Lan dirujuk ke hospital terdekat, iaitu hospital Angkatan Darat di Kota Lanzhou, Provinsi Ganzu, jaraknya 160.9 kilometer, perjalanan selama tiga jam. Kumpulan doktor terus menjadualkan pembedahan untuk mengeluarkan pisau itu. Pembedahannya berhasil. Lan dirawat selama lima hari, lalu diizinkan pulang. Lan memberi keterangan, dia tak sedar ada pisau menembusi tempurung kepalanya. Dia malah tidak merasakannya.






.

India kehilangan pengarah hebat kerana denggi


Pengarah filem veteran Bollywood, Yash Chopra, meninggal dunia semalam, kerana demam denggi. Chopra yang berusia 80 tahun, sebelum ini dirawat di Hospital Lilawati, Mumbai sejak 13 Oktober . Menurut pihak hospital, pelakon itu meninggal dunia kerana mengalami komplikasi denggi yang
berpanjangan dan juga kegagalan organ dalaman yang tidak berfungsi.

Pengarah hebat ini pada hayatnya, telah membuat banyak filem terkenal dan menambat hati peminat. Antara filem itu adalah, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Dil To Pagal Hai, Mohabbatein, Veer-Zaara dan banyak lagi... - DPA
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!