Thursday, October 25, 2012

Barrack Obama dan isteri bercerai?


Khabar angin tersebar, pengusaha kaya Donald Trump dikhabarkan telah menemukan surat cerai Michelle dan Barack Obama. Benarkah pasangan nombor satu AS itu telah bercerai? Pendedahan mengenai surat cerai itu sebenarnya pertama kali muncul dalam buku yang disiarkan awal tahun ini oleh Ed Klein. White House menyangkal hal itu dan berkata Klein punya sejarah suka mengada-adakan cerita. Dalam buku bertajuk ‘The Amateur’ itu, Klein mendedahkan bahawa Michelle telah mempersiapkan surat cerai untuk berpisah dari suaminya pada tahun 2000, ketika Barack gagal merebut kerusi DPRD Chicago.

Kekalahan Barack, menurut Klein, membuat Michelle muak kerana suaminya mempertaruhkan masa depan stabil dan aman demi cita-cita politiknya. Buku itu mendedahkan perkahwinan mereka goyah. Bahkan, Klein menyebut Barack mengalami depresi dan sejumlah kawannya risau dia akan bunuh diri. Akhir kata, Barack mencalonkan diri sebagai senator Negara Bahagian Illinois dan memenanginya. Lalu Michelle kembali menyokong suaminya.





.

Mayat berjalan dan balik ke rumah?


Satu perhimpunan keluarga meratapi kematian saudara telah terkejut dan hampir pengsan apabila simati dalam majlis pengkebumian itu tiba-tiba muncul dan berjalan kearah mereka. Dalam kes yang pelik, kerana kesilapan identiti, berita pembunuhan Gilberto Araujo di tempat pencuci kereta,  telah disampaikan kepada keluarga oleh polis tempatan di Sao Paulo, Brazil pada Ahad. Tidak lama selepas itu, seluruh keluarga 'simati' telah dipanggil ke bilik mayat untuk membuat sesi kenal pasti mayat. 'Si mati telah dikenali sebagai Gilberto Araujo, dan dia dibawa pulang untuk disemadikan.


Rupa-rupanya mayat itu bukanlah Gilberto Araujo. Abang Gilberto Araujo,  Jose Marcos Araujo begitu tertipu oleh kesamaan mereka. Si mati dikenali sebagai Genivaldo Santos Gama, yang nampaknya memiliki rupa dan fizikal yang agak menyerupai adiknya..







.

Menakjubkan, dia terima 'surat dalam botol' yang dikirim 8 tahun yang lalu


Setelah mengharungi lautan selama lapan tahun, akhirnya surat dalam botol berlabuh di pantai desa Passage East, Waterford, Irland. Surat yang ditulis oleh Charlaine dan Claudia dua orang gadis berusia 12 tahun dari Montreal, Kanada itu, dihanyutkan ke lautan menyeberangi Samudera Atlantik, menggunakan satubotol soda berbahan plastik, 7 Up. Walau sudah mengarungi lautan sejauh 3000 mil dari Quebec, Newfoundland lapan tahun yang lalu, keadaan surat itu masih baik tidak tersentuh oleh air laut. Menurut berita Irishcentral.com, surat yang bertajuk Message Dans Une Bouteille itu ditulis menggunakan bahasa Perancis, pada bulan Jun 2004. Oisin Millea, seorang anak sembilan tahun di desa Passage East di Waterford, yang menemukan botol itu. Dia menemukannya ketika sedang bermain mencari harta karun di pantai dekat rumahnya.


Ibu Oisin itu, Aoife Millea, mengatakan keluarganya sedang berjalan-jalan menuju pantai ketika anaknya menemukan surat dalam botol itu. "Anak saya sedang bermain mencari potongan harta karun, mencari sekitar ratusan potongan-potongan yang terdampar di pantai," katanya. "Dia lalu menemukannya dan membukanya sendiri dan kemudian memberikannya kepada saya kerana surat itu tertulis dalam bahasa Perancis. Dia sangat bersemangat," lanjutnya. Tulisan di surat itu merupakan tulisan tangan, dan berbunyi: 06/2004.

"Halo, kami adalah dua gadis yang memiliki idea untuk menghanyutkan botol ke laut, kami dipanggil Charlaine dan Claudia. Kami berdua berusia 12 tahun dan kami tinggal di Montreal. Kami sedang bercuti di Gaspésie, di desa Grande Vallée. Idea untuk menghanyutkan botol ke laut saat kita melihat acara TV tentang orang-orang muda yang menghanyutkan botol berisikan pesan ke laut. Jika anda menemukan botol kami, tolong beritahu kami bila, dan bagaimana anda dapat menemukannya. Juga kami minta anda memberi tahu kami, nama, usia, tempat tinggal Contoh: Paris, Miami, dan lain-lain .... Untuk menghubungi kami anda boleh menulis ke cheval-rouge95@hotmail.com  "Jika anda tidak memiliki akses internet, pergilah ke rumah seorang teman yang memilikinya atau pergi ke sebuah kafe internet kerana kami sangat ingin tahu adakah botol kami telah ditemui." 


Setelah menghubungi kedua gadis itu, diketahui bahawa keduanya kini berusia 20 tahun. "Anak saya lalu membingkai surat itu. Surat itu seperti harta karun nya sekarang. Saya yakin dia sangat menyukainya," tutur Aoife. (Irishcentral.com)






.

Gambar perkahwinan Jessica Biel dan Justin Timberlake


Pasangan terkenal itu berkahwin Jumaat dengan sambutan selama seminggu di selatan Itali, dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan. Majlis tersebut telah diadakan di Borgo Egnazia peranginan di Puglia.


Perkahwinan yang dinanti-nanti itu menyaksikan pasangan yang saling menyintai itu disatukan menjadi suami isteri. Jessica Biel dilihat menyerlah dengan gaunnya berwarna merah jambu, agak berbeza dengan pengantin lainnya, yang lebih suka dengan warna putih.


Gambar-gambar ini didedahkan oleh majalah People.






.

Mari intai bekas kediaman Bruce Lee


Bekas kediaman rasmi legenda filem kung fu, Bruce Lee di Hong Kong bakal dijual selepas rancangan untuk menyerahkannya kepada muzium khas untuk ikon berkenaan dilaporkan gagal. Dermawan, Yu Panglin, yang memiliki rumah agam terbabit yang menjadi ‘hotel cinta’ itu merancang untuk menjualnya dengan harga HK$180 juta (RM71.1 juta) selepas perbincangan dengan kerajaan untuk muzium terbabit gagal tahun lalu. “Saya tidak lagi mempertimbangkan rancangan muzium terbabit berikutan kerajaan tidak menyokongnya,” kata jutawan 90 tahun itu kepada akhbar berbahasa Cina, Singtao Daily dalam satu temu bual.



Pemilik hotel gagal lunas hutang 

“Saya sudah hilang sabar, saya tidak mahu tunggu lagi,” katanya sambil menambah bahawa pemilik hotel terbabit gagal membayar sewa selama dua tahun berikutan tidak membawa keuntungan selain ia memerlukan pengubahsuaian segera. Peminat Lee sejak sekian lama mahukan bintang kelahiran China-Amerika Syarikat yang meninggal pada 1973 ketika berusia 32 tahun dikenang selepas beliau banyak membantu menonjolkan seni mempertahankan diri melalui filem kung fu klasik seperti Fists of Fury (1971) dan Enter the Dragon (1973).


Bagaimanapun mereka hampa berikutan kerajaan Hong Kong menghentikan rancangan muzium terbabit Jun tahun lalu dengan memberi alasan gagal mencapai persefahaman dengan Yu selepas dua tahun berunding. Yu memberitahu Singtao Daily bahawa kerajaan menolak rancangan untuk meluaskan rumah agam yang menjadi kediaman terakhir Lee. - AFP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!