Tuesday, November 6, 2012

Jom tengok wang kertas Afrika baru dengan imej Nelson Mandela


Wang kertas di New South Afrika yang memaparkan imej bekas presiden dan ikon 'anti-aparteid' Nelson Mandela sedang diedarkan. Gabenor Bank Rizab Gill Marcus membuat pembelian pertama menggunakan wang kertas baru itu di sebuah kedai kecil di Pretoria pada Selasa. Beliau berkata negara ini cuba untuk menaik taraf wang kertasnya setiap tujuh tahun atas sebab-sebab keselamatan seiring dengan perubahan teknologi. Wang kertas baru 10, 20, 50, 100 dan 200 mempunyai imej Mandela dan di sebelah satu lagi mengekalkan gambar haiwan. Marcus berkata Mandela telah ditunjukkan dengan wang kertas baru itu dan beliau gembira.






.

Unik.... Boleh buat api daripada ais


Musim sejuk adalah kesempatan untuk bersenang senang di luar rumah dalam berbagai bentuk aktiviti seperti, bermain ski, ice climbing, berkemah di musim sejuk dan banyak lagi. Tapi keadaan berbahaya tetap boleh terjadi jika adanya suhu yang jatuh dan angin berhembus kencang di musim sejuk. Untuk itu negara-negara yang memiliki musim sejuk yang ekstrim, kebolehan bertahan hidup sangat diperlukan. Dan melihat gambar ini, mungkin juga ini adalah salah satu cara untuk tetap bertahan walaupun dalam keadaan yang sangat sukar.. Buat api daripada ais!





.

Buku Unik. Tulisan hilang selepas dibaca


Buku unik dengan tulisan yang hilang setelah dibaca. Bagi penggemar buku yang suka membuat koleksi buku, memang tidak sesuai dengan buku unik ini. Sebuah penerbit kecil di Buenos Aires, Argentina, menerbitkan buku dengan tulisan khusus. Tulisan dalam buku tersebut hanya akan bertahan selama 2 bulan sejak pertama dibuka. Buku dengan konsep unik itu berjudul "El Libro que No Puede Esperar" (The Book That Can't Wait) dan diterbitkan oleh Eterna Cadencia. Ketika pembungkus plastik dibuka maka tulisan buku itu perlahan-lahan mula menghilang. Setelah 60 hari si pemilik hanya akan mempunyai buku dengan halaman kosong. Penerbit mencuba cara ini untuk mempromosikan penulis baru dan agar buku tersebut segera dibaca.


Dengan cara ini pembaca mahu tidak mahu harus segera membaca buku itu atau tidak ada kesempatan lain. "Kali ini kami boleh jamin bahawa karya para penulis baru kami dibaca," ujar penerbit. Meskipun iannya risiko, namun penerbit-penerbit lain di Argentina dikhabarkan ingin cuba membuat cara yang sama. Ianya adalah kerana penerbit Eterna mengaku berhasil menjual semua cetakan pertama saat diterbitkan ke pasaran.





.

Gempar : Rangka Vampire ditemui


Sebuah rangka makhluk penghisap darah, vampire, dilaporkan telah ditemukan di wilayah Southwell, Nottinghamshire, England. Menurut Dailymail, rangka itu disyaki berasal dari tahun 550-700, dan ditemukan oleh arkeologi, Charles Daniels, ketika melakukan penggalian di kawasan Curch Street, di kota 1959, dimana banyak ditemukan artifak bangsa Romawi. Ketika pertama kali ditemukan, didapati paku di bahagian bahu, jantung, dan pergelangan kakinya, dimana menandakan dia dikubur melalui cara khusus dan berbeza dengan orang awam. Berdasarkan kebiasan warga England di abad pertengahan, cara pemakaman seperti itu, hanya dilakukan kepada mayat seperti vampire, yang ditakut akan hidup kembali dan mengganggu penduduk.

Hanya segelintir mayat yang dimakamkan dengan cara seperti itu di seluruh England. Penemuan rangka vampire itu didedahkan lebih lanjut dalam laporan seorang arkeologi Southwell, Mathew Bresford. Menurutnya, sisa-sisa dari mayat itu masih berada di sekitar lokasi kuburan, namun dia tidak boleh mengangkat jasad dari liang kubur itu. "Jika anda melihatnya melalui sudut pandang paling menakutkan, di suatu titik anda risau bahawa jasad itu akan kembali hidup," katanya.






.

Lelaki ini terbangun dari koma dan mengaku dirinya Barrack Obama


Seorang lelaki yang pernah digigit dan ditikam, kini mula menderita halusinasi dan tekanan jiwa. Mangsa jenayah yang masih berusia remaja berasal dari Northampton, England, mengalami koma setelah diserang secara brutal. Dipendekkan cerita, lelaki berumur 19 tahun itu terbangun, dan mengakui dengan yakin bahawa dia adalah Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat. Demikian dipetik dari The Sun dan laman Emirates247.com. Pendakwa mengatakan kepada hakim, bahawa keadaan pesakit memburuk. Mangsa bahkan mengaku boleh mendengar enam juta orang bercakap. Mangsa yang tidak disebutkan identitinya kini masih menjalani rawatan di rumah sakit jiwa, untuk pemulihan selama empat bulan.







.

Nazmi Faiz tak ambil SPM?


Pemain bola sepak muda sensasi negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor, 18, yang dijadual menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, tidak berbuat demikian pada hari pertama peperiksaan itu di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) hari ini. Perkara itu disahkan Pengetua SSBJ Datuk Marina Chin. Bagaimanapun, Marina enggan mengulas lanjut. Usaha Bernama mendapatkan maklum balas daripada Mohd Nazmi Faiz berhubung ketidakhadirannya itu juga gagal.

Nazmi, yang kini beraksi bersama kelab remaja Beira Mar di Portugal, sepatutnya menduduki SPM pada November tahun lepas, namun menangguhkan hasrat itu bagi membantu skuad Harimau Muda menghadapi Sukan SEA Indonesia 2011. Pengorbanan Mohd Nazmi Faiz berbaloi apabila skuad bawah 23 tahun negara berjaya meraih pingat emas dengan menumpaskan Indonesia pada temasya dwi-tahunan tersebut. - Bernama






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!