Wednesday, November 7, 2012

INFO : Yogurt baik untuk kesihatan jantung


Yogurt bukan sahaja baik untuk usus, malah satu kajian terkini mendapati hidangan berkhasiat itu juga memberi manfaat kepada kesihatan jantung. Sekumpulan penyelidik dari Universiti McGill, di sini mendapati dua hidangan yogurt yang mengandungi probiotik mampu menurunkan molekul yang membawa kolesterol dalam darah, termasuk kolesterol jahat dan semua jenis kolesterol. Probiotik merupakan mikroogranisma, bakteria semula jadi dalam usus yang mempunyai manfaat dan boleh ditemui di dalam yogurt serta suplemen tambahan. Kajian sebelum ini mendapati, bakteria probiotik yang dikenali sebagai Lactobacillus reuteri berupaya menurunkan paras kolesterol jahat atau kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL).

Ketua penyelidik, Dr. Mitchell Jones berkata, pihaknya berusaha mempertingkatkan kajian mengenai peranan probiotik dalam merawat penyakit kronik seperti sakit jantung. Kumpulan itu turut mengkaji sama ada probiotik yang sama boleh menurunkan LDL dan paras kolesterol ester dalam darah, iaitu molekul kolesterol yang melekat pada asid lemak, yang merupakan penyumbang utama kepada masalah kolesterol dalam darah dan menyebabkan risiko penyakit kardiovaskular meningkat. Kajian tersebut melibatkan 127 responden dewasa yang mempunyai paras kolesterol tinggi dengan separuh daripadanya mengambil Lactobacillus reuteri selama dua kali sehari, sementara responden lain mengambil suplemen berlainan.

Keputusan kajian menunjukkan, pesakit yang mengambil probiotik merekod penurunan 11.6 peratus paras LDL, berbanding mereka yang mengambil suplemen lain selepas sembilan minggu, manakala kolesterol ester juga berkurang sebanyak 6.3 peratus serta kolesterol ester asid lemak tepu menurun sebanyak 8.8 peratus. Dr. Jones berkata, untuk kali pertama kajian menunjukkan pengambilan formula yang mengandungi probiotik mengurangkan paras kolesterol ester yang berkaitan dengan asik lemak tepu di dalam darah. "Pesakit kebanyakannya lebih toleransi dengan probiotik dan penggunaan probiotik jenis Lactobacillus reuteri yang biasa terdapat dalam yogurt selamat diambil berdasarkan kajian dan juga fakta sejarah," katanya. - AGENSI





 P/S - Gambar sekadar hiasan





.

Guru ini dihukum kerana potong rambut murid


Seorang guru di Mesir dijatuhkan hukuman percubaan enam bulan penjara setelah memotong rambut dua murid perempuan kerana tidak mengenakan tudung. Iman Abu Bakr Kilany -yang mengenakan niqab atau tudung yang menutupi seluruh wajah kecuali kedua mata- didakwa kerana dianggap terlalu kejam dalam menjatuhkan hukuman kepada kedua muridnya, yang berusia 12 tahun. Dia dibawa ke perbicaraan setelah departmen yang bertanggung jawab atas keselamatan anak meminta agar dilakukan siasatan atas insiden yang terjadi di Qurna, sebuah kampung di dekat kota Luxor. Sejak insiden tersebut, Kilany dipindah tugaskan dari guru sains ke tugas pejabat dan gajinya dipotong selama sebulan.

Menurutnya pemotongan rambut itu dilakukan setelah dia memberi peringatan beberapa kali kepada kedua murid untuk mengenakan tudung. Peguam Kilany mengatakan hukuman percubaan enam bulan penjara itu terlalu berat, seperti dilaporkan bilik berita MENA.








.

Maut disambar petir selepas kebumikan mayat


Penampang: Seorang pengurus mayat, maut disambar petir ketika berlindung di sebuah pondok selepas melakukan kerja pengebumian di tanah perkuburan di Taman Century di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Daniel Rodie, 34, dari Kampung Nagapas di sini, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi ahli keluarga mayat yang dikebumikan di situ, turut cedera. Difahamkan, kejadian ketika hujan renyai-renyai itu berlaku sejurus selepas mangsa menjawab panggilan telefon ketika berteduh di pondok terbabit. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 4.25 petang.


Seorang lagi ahli keluarga turut cedera 

“Sepasukan anggota kemudian ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan dan mendapati seorang lelaki dipercayai pengurus mayat mati disambar petir. “Seorang lagi lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an yang juga ahli keluarga mendiang yang dikebumikan di situ turut cedera dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk rawatan lanjut,” katanya. Jauteh berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke QEH 1 untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk proses pengebumian. -BH





.

Dian Sastrowardoyo.. Dulu dan kini......


Meskipun sudah melahirkan seorang anak, pesona pelakon Dian Sastrowardoyo tidak sedikit pun pudar. Buktinya, nama Dian masuk dalam salah satu dari lima "Most Wanted Female 2012" versi Yahoo OMG Awards 2012. Dalam daftar lima besar, dia telah mengalahkan Jessica Iskandar yang masih bujang dan jauh lebih muda. Dia juga mengalahkan pesona Ayu Dewi yang lebih muda. Tapi dia tak kuasa melawan pesona Agnes Monica. Dian Sastro dalam Yahoo OMG Awards berada di posisi kedua setelah Agnes Monica. Tempat ketiga dan seterusnya diduduki Olla Ramlan, Ayu Dewi dan Jessica Iskandar. -Indonesia





.

Gambar anak pelumba basikal negara - Azizulhasni Awang


Pelumba berbasikal sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang kini bergelar bapa selepas isterinya Athiah Ilyana Abd. Samat selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.99 kilogram di Hospital Pakar KPJ Ipoh, dekat sini semalam. Mohd. Azizulhasni, 24, berkata, Athiah Ilyana, 26, melahirkan bayi mereka itu menerusi pembedahan pada pukul 6.30 petang semalam, kira-kira 40 minit selepas memasuki bilik bedah hospital tersebut. Katanya, Athiah Ilyana dijangka bersalin pada 18 November ini tetapi terpaksa dimasukkan ke hospital itu lebih awal pada pukul 2 pagi, semalam selepas mengadu sakit perut. ''Pada mulanya, isteri saya dijangka bersalin secara normal tetapi disebabkan bayi besar, doktor menasihatkan pembedahan dan saya tiada pilihan selain bersetuju demi keselamatan isteri dan bayi dalam kandungannya.

"Hampir sejam saya tunggu dengan berdebar-debar tetapi selepas melihat bayi comel dan isteri selamat, saya rasa sangat gembira," katanya ketika ditemui semalam. Turut berada di hospital itu, bapa dan ibu mentuanya, Datuk Abd. Samat Sabri dan Datin Amimah Ahmad. Ketika ditanya perasaannya menimang cahaya mata, Mohd. Azizulhasni yang mendapat jolokan The Pocketrocketman memberitahu, ia lebih indah daripada memenangi mana-mana kejohanan lumba basikal peringkat antarabangsa. "Saya tidak dapat hendak gambarkan perasaan saya menjadi seorang bapa selepas menunggu detik ini selama berbulan-bulan," katanya.

Menurut Mohd. Azizulhasni, dia akan mengumumkan nama anaknya itu selepas majlis akikah pada hari ketujuh nanti. "Kami sudah mempunyai beberapa nama tetapi kami hendak berbincang dengan keluarga dahulu," tambahnya. Walaupun baharu bergelar bapa, pemenang pingat perak acara pecut Kejohanan Dunia 2009 dan pingat perak acara keirin Kejohanan Dunia 2010 itu terpaksa berlepas pulang ke Melbourne, Australia untuk kembali menjalani latihan. "Isteri dan anak saya akan tinggal dengan keluarga mentua buat sementara waktu sebelum mengikut saya ke Melbourne," ujarnya. Mohd. Azizulhasni dan Athiah Ilyana melangsungkan perkahwinan pada 30 Januari 2010. -utusan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!