Monday, November 12, 2012

Franck Lampard bakal ke China?


Bintang Chelsea, Frank Lampard besar kemungkinan mengikut jejak bekas rakan sepasukan Didier Drogba dan Nicolas Anelka berpindah ke China apabila Guizhou Renhe hari ini mengesahkan telah berbincang dengan pemain itu. Pemain tengah antarabangsa England itu mula dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China sejak Mac lalu. Bagaimanapun spekulasi mengenainya kembali hangat apabila Pengerusi Renhe, Dai Yongge seperti dilaporkan media tempatan Sabtu lalu bahawa Lampard sudah bersetuju. Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo selepas pasukannya seri 1-1 ketika menentang Liverpool semalam menafikan laporan tersebut.

Tetapi Renhe dalam satu kenyataan kepada AFP mengesahkan bahawa perbincangan dengan Lampard masing berlangsung. "Ya, kami masih menghubungi Lampard tetapi sehingga kini masih belum mendapat kata putus," kata timbalan pengerusi lembaga, Yang Xiaoyu. Akhbar China Daily memetik kenyataan Dai bahawa Lampard akan menyertai Renhe sebagai ketua pasukan pada Januari. Musim sejuk yang tiba pada masa ini memberi peluang pemain berusia 34 tahun itu menyelesaikan perkara itu sebelum Liga Super China musim 2013-2014 bermula Mac ini. - AFP






.

Siapa sangka, melukis menggunakan pensel boleh menghasilkan sesuatu yang menakjubkan


Bila memiliki kebolehan melukis, biasanya, melukis ada pelbagai cara. Kebanyakan yang kita ketahui, melukis menggunakan warna, yang menghasilkan keadaan sebenar sesuatu yang dilukis itu. Berbeza dengan lukisan-lukisan yang ditampilkan dalam entri ini, dilukis dengan hanya menggunakan pensel.


Tidak kurang menarik seperti lukisan menggunakan warna, lukisan pensel ini juga rupa-rupanya boleh membangkitkan wajah dan keadaan sebenar sesuatu yang dilukis itu. Dengan hanya pensel.....Menarik.. Lukisan-lukisan ini dilukis oleh Randy Hann seorang artis dari Kanada.


Menakjubkan, dia tidak pernah masuk mana-mana kelas melukis, namun memperbaiki mutu lukisannya bertahun-tahun kerana minat dan hasilnya, dia boleh tersenyum bangga kini kerana lukisan-lukisannya ditempatkan di tempat pameran terkemuka diseluruh dunia..






.







.

Pecahkan rekod dengan 7777 kali pelukan


Seorang lelaki berusia 51 tahun dari Ohio, memecahkan rekod dunia, dengan memberikan pelukan sebanyak 7777 kali dalam waktu 24 jam. Aksinya tersebut dilakukan dengan semangat perayaan Valentine. Jeff Ondash, yang menggelarkan dirinya menjadi Teddy McHuggin memecahkan rekod dunia pada Sabtu 13 Februari malam. Aksi itu dilakukan di luar hotel-kasino Paris Las Vegas, Las Vegas. "Ketika anda mememeluk seseorang, mereka akan berjalan tersenyum satu sama lain," ujar Ondash, seperti dipetik dari AP. Ondash mengidamkan rekod dalam kejuaraan memeluk sedunia, untuk menyandang dana bagi Pertubuhan Jantung Amerika.

"Itu menjadi hal terpenting kerana abang dan ayah saya meninggal akibat penyakit jantung di usia yang masih," ujarnya. Anak perempuannya, Carlie, melakukan kiraan secara manual pada saat melakukan percubaan satu hari sebelum Ondash menunjukkan kebolehan. Dia mengaku menggunakan nama baru untuk menarik perhatian para penonton. Sebagai Teddy McHuggin, Ondash mengenakan pakaian ala pelumba NASCAR. -AP






.

Pernahkah anda terfikir, hidup dalam rumah yang sangat sempit dan tidak selesa seumur hidup anda?


Ini bukanlah sekadar rumah biasa yang sering ditemui ketika ini. Salah seorang yang memiliki bangunan 6 tingkat di kota Wuhan, China mempunyai idea cemerlang untuk membantu penduduk kota lainnya mendapatkan tempat tinggal. Si pemilik mengubah bangunan 6 tingkat itu menjadi rumah sempit yang diberi nama “rumah kapsul”.


Disebut sebagai rumah kapsul kerana luasnya yang hanya 4.5 meter persegi. Ini merupakan ukuran yang sangat kecil untuk ukuran sebuah rumah. Rumah kapsul dengan luas 4.5 meter persegi sudah memuatkan kamar mandi, dapur, dan tempat tidur. Ditambah lagi, ada di antara mereka yang memilih untuk tinggal berdua bersama teman dalam satu rumah kapsul tersebut.


Hal ini adalah kerana harga sewa di wilayah tersebut sangat tinggi, sedangkan upah yang diterima para pekerja kota Wuhan sangat rendah. Jadi, mereka tidak memiliki cukup duit untuk tinggal di tempat yang lebih baik. Bagi mereka, rumah kapsul ini sudah lebih dari cukup. Mereka hanya perlukan tempat untuk menetap dan berehat.






.

Tahukah anda, perut semut boleh berubah warna mengikut makan yang dimakannya?


Apa akan jadi jika semut makan makanan yang berwarna kuning? Ternyata perut semut ini akan berwarna kuning! Kita beri mereka makanan dengan warna yang lebih beragam maka kamu akan takjub melihat hasilnya. Ketika Shameem melihat seekor semut yang berubah warna menjadi putih selepas minum susu yang tumpah, dia segera memberitahu suaminya yang seorang, Mohamed Babu. Dr Babu lalu cuba bereksperimen di halaman dengan memberi semut-semut ini makanan berupa gula yang berwarna-warni. Hasilnya ternyata sangat menakjubkan. Perut mereka yang transparan berubah warnanya mengikut apa yang mereka makan. Beberapa semut cuba merasa gula-gula dengan warna yang berbeza sehingga hasilnya perut mereka memiliki kombinasi warna yang menarik.


Gula itu dititiskan sehingga titisan gula dapat mempertahankan bentuknya. Dr Babu yang berasal dari Mysore, India selatan ini mengaku sukar untuk menangkap gambar artistik dari para semut yang sedang bersantap gula warna-warni ini. "Saya benar-benar harus kerja keras untuk mendapatkan sebuah foto. Kumpulan semut ini biasanya sudah tidak terkawal hanya dalam beberapa minit dan ketika tangan kanan saya memegang kamera, tangan kiri saya sibuk menyingkirkan semut-semut yang lain. Sekali saya kehilangan peluang, saya harus mencubanya di keesokan hari. Anehnya, semut-semut ini lebih memilih warna-warna terang, kuning dan hijau." ujarnya.






.

'John Terry, saya minta maaf'- Luis Suarez (3 Gambar)


Dua perasaan berbeza dirasakan John Terry pada perlawanan menentang Liverpool malam tadi. Kapten Chelsea itu sempat gembira kerana membawa teamnya mendahului dengan gol pertama.


Namun lima belas minit kemudian, Terry mengalami kecederaan akibat di terjah oleh Luis Suarez. Dia lalu dibawa keluar dan digantikan Gary Cahill. Belum diketahui berapa lama Terry akan cedera. Pengimbasan lutut kanannya akan dilakukan pukul 9 pagi waktu tempatan.


Melalui akaun Twitter-nya, Suarez meminta maaf atas ketidaksengajaannya terhadap Terry. "Aku gembira membantu team dengan menjaringkan gol. Peluk untuk Terry. Aku harap tak ada kecederaan yang serius," tulis striker Uruguay itu.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!