Saturday, November 24, 2012

Hotel unik, dari pembetung


Orang umumnya mencari hotel yang fasilitinya bagus dengan harga semurah mungkin. Yah, kenyataannya adalah, ada harga ada juga kualitinya. Dan nampaknya, banyak hotel yang berlumba-lumba menawarkan fasiliti lengkap dan layanan kelas satu kepada para tetamunya. Tetapi apa yang berada di Ottensheim, Austria ini adalah sangat berbeza.


Hotel bernama Das Park ini menawarkan tetamunya untuk menginap di pembetung yang dibuat khas. Mereka bukan sedang kehabisan bilik atau bilik penuh, tetapi ini merupakan ciri khas hotel tersebut untuk menarik tetamu. Adakah anda berminat tinggal kat 'hotel' ni?






.

Eh eh, bajunya dibuat dari wang


Jika Lady Gaga pernah mempamerkan gaun dagingnya, maka gadis berusia 21 tahun dari China ini bangga dengan bajunya yang dibuat dari wang. Seperti yang dipetik dari Huffington Post, gadis tersebut memposting gambar dirinya dengan baju yang dibuat dari wang di laman Weibo, jaring sosial terkenal di China. Jika diperhatikan, sebenarnya baju gadis itu cukup cantik. Sebab wang kertas disusun sedemikian rupa menjadi sebuah gaun dengan aksesori tali pinggang kuning dan strap warna pink. Di dalam laman Weibo, gadis berbaju wang itu menjelaskan bagaimana dia mendapat pakaian yang tentunya berharga sangat mahal tersebut.

"Untuk merayakan ulang tahun seorang anak perempuan yang ke-21 tahun, papa mengirim sebuah kek krim yang lazat. Dan yang tak kalah mengejutkan adalah "baju yang dibuat dari wang" yang berharga 200.000 yuan," begitu tulisnya. Gadis tersebut menyatakan bahawa wang yang dijadikan bahan bajunya berharga 200.000 yuan. Namun salah satu komen dari laman Beijing Cream berkata, sebenarnya itu adalah jenis mata wang Ukraine yang jumlah nilainya jauh lebih rendah.






.

Penumpang mendaratkan kapal terbang kerana pilot sakit


Seorang penumpang penerbangan Jerman, Lufthansa menjadi pahlawan, setelah dia berhasil mendaratkan pesawat yang ditumpanginya dengan selamat di lapangan terbang Dublin, Ireland,  setelah Kapten pesawat jatuh sakit. Saat itu pesawat berjenis Boeing 747 itu sedang melintas lautan Atlantik ketika kapten pertama pesawat Lufthansa itu jatuh sakit. Seperti diberitakan oleh Asiaone.com, pesawat yang menempuh perjalanan dari Newark ke Frankfurt itu segera dialihkan ke Dublin, setelah kemudian co-pilot pesawat mengalami migrain yang melumpuhkan. Ketika awak kabin mengumumkan pesawat sedang dialihkan, seorang pilot yang sedang tidak bertugas yang kebetulan menjadi penumpang pesawat, segera ditawarkan untuk membantu.

Lelaki berkewarganegaraan Jerman itu segera mengambil alih kemudi pesawat dan mendaratkannya di lapangan terbang ibukota Ireland pada pukul enam pagi. Unit penyiasatan kemalangan Udara Ireland sedang menyiasat kes ini. Seorang jurucakap penerbangan Lufthansa mengatakan, penumpang yang mendaratkan pesawat itu, memiliki lesen untuk menerbangkan dan mengendalikan Boeing 747. "Dalam keadaan seperti itu prosedur menetapkan bahawa pilot, kapten penerbangan, untuk terus mengendalikan pesawat," katanya.







.

Wanita ini lompat dari tebing tinggi setelah mengetahui dia hamil anak lelaki.. lagi


Seorang ibu hamil anak kembar yang sangat menginginkan anak perempuan melompat dari atas tebing ketika dia mengetahui si kembar yang dia kandungkan adalah anak lelaki. Anna Byrne, 35, seorang jururawat dari Dunboyne, County Meath, ketika ketika USG scan pada bulan Mac tahun ini menunjukkan dia akan memiliki dua anak lelaki lagi. Dalam bulan-bulan sebelum kematiannya, dia melihat bayi perempuan di mana-mana dan menghindari teman-temannya - terutama mereka dengan anak perempuan. Pada petang 8 Mac, enam hari setelah menghadiri psikiatri mengeluh bahawa dia merasa kecewa, dia melompat dari atas tebing di Howth KTT, Dublin, Ireland, Suaminya, Terry menggambarkan percakapan terakhir pasangan itu sebelum dia meninggal. Dia mengatakan pada pemeriksaan kematian: ''Kami saling menceritakan bahawa kami saling mencintai dan dia berkata 'Sampai bertemu nanti'."

Koroner membuat keputusan terbuka kerana tidak diragukan lagi bahawa ibu tersebut berniat untuk menghabiskan nyawanya sendiri. Wanita itu menderita depresi dari awal 20-an dan kehamilan pertama pada tahun 2004 berakhir dengan keguguran. Dia kemudian melahirkan dua anak lelaki, Joe dan Aidan. "Namun, dia merasa sebahagian dari hidupnya hilang kerana dia memiliki dua anak lelaki dan tidak ada perempuan," kata Dr Sheehan. Byrne mengetahui pada 20 minggu kehamilan ketiga bahawa dia hamil anak lelaki lagi. Dia merasa sangat kecewa dan tidak boleh tidur selama beberapa malam. Dia mengaku tidak merasa naluri keibuan kerana memiliki empat anak lelaki.

"Dia mula memerhatikan bayi perempuan di mana-mana", ujar Dr Sheehan. Suaminya pertama kali menyedari dia hilang pada 1.30 petang ketika dia gagal untuk menjemput anak mereka dari Montessori School. Dia memeriksa supermarket dan semua hospital bersalin tempatan, dan menelefon teman-temannya. Dia membuat panggilan kecemasan pada 3.30 petang dan hanya setelah tengah malam, keretanya ditemukan oleh seorang teman di KTT Howth. Petugas menemukan catatan perpisahan 'menyayat hati' di dalam kereta. Pencarian dan operasi penyelamat dijalankan tapi dibatalkan kerana tubuh wanita itu ditemukan di dasar tebing dan pemeriksaan post-mortem menunjukkan penyebab kematian adalah beberapa luka-luka kerana jatuh dari ketinggian.






.

Panggilan percuma dengan BlackBerry


Pengguna telefon pintar BlackBerry, tidak lama lagi boleh membuat panggilan secara percuma melalui rangkaian WiFi, hanya dengan menggunakan perkhidmatan teks mesej BlackBerry Messenger (BBM). Perkara tentang ciri terbaharu telefon pintar itu diumumkan oleh pembuat gajet berkenaan, Research In Motion (RIM), baru-baru ini. Dengan aplikasi itu, pengguna BBM boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat panggilan, atau menghantar teks mesej dengan skrin yang boleh membuat dua paparan. Ciri-ciri terbaharu itu akan dikemas kini secara percuma bagi pengguna BlackBerry sedia ada, menjelang pelancaran telefon BlackBerry 10 pada 30 Januari ini, sekali gus menjamin kelangsungan RIM. Menurut RIM, perkhidmatan panggilan BBM hanya boleh digunakan oleh gajet yang mempunyai sistem operasi BlackBerry 6 atau yang lebih tinggi, dengan usaha menaik taraf akan dilaksanakan juga ke atas BlackBerry 5.

RIM membuat pendedahan mengejutkan dalam laporan pendapatannya baru-baru ini dengan mengumumkan pengguna gajet itu semakin meningkat, ekoran kemunculan pasaran baharu serta perkhidmatan BBM. Bagaimanapun, syarikat itu kini bergelut untuk menarik perhatian pelanggan di Amerika Utara yang mula beralih kepada telefon Android dan iPhone. RIM yang berpangkalan di Kanada mendakwa, pengenalan perkhidmatan panggilan itu dapat membantu mereka mengembangkan pasaran telefon itu yang kini mendapat sambutan baik di Indonesia, Nigeria dan Afrika Selatan. - AP








.

Pengurus pasukan QPR, Mark Hughes dipecat!


Queens Park Rangers (QPR) memecat pengurus pasukan Mark Hughes, hari ini dan berkemungkinan untuk memberi laluan kepada Harry Redknapp bagi mengendalikan skuad tercorot Liga Perdana Inggeris itu. Hughes menjadi pengurus kedua Liga Perdana dipecat dalam minggu ini iaitu selepas pengurus Chelsea Roberto Di Matteo yang turut mengalami nasib yang sama, Rabu lalu. Di bawah kendalian Hughes, QPR gagal mencatat sebarang kemenangan daripada 12 permainan dan hanya mengutip empat mata. "Mark menunjukkan integriti dan sikap profesional, tetapi lembaga pengarah tidak mempunyai banyak pilihan untuk melakukan perubahan demi kelab ini," kata QPR dalam kenyataan di sini hari ini. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!