Tuesday, November 27, 2012

Lelaki ini mengahwini 4 wanita sekaligus untuk jimat


Seorang pengusaha kaya di Afrika Selatan menikahi empat perempuan sekaligus. Hal tersebut dilakukannya untuk menjimat biaya pernikahan yang harus dikeluarkannya apabila dia menikahi perempuan itu satu persatu. “Saya tidak tahu secara pasti berapa biaya yang harus saya keluarkan apabila saya harus mengadakan empat pesta pernikahan. Tapi saya kira mengadakannya secara sekaligus pasti jauh lebih murah," ujar pengantin lelaki, Milton Mbele, seperti dipetik dari BBC. “Dengan cara ini saya hanya perlu menyewa satu khemah, memesan satu perusahaan katering dan juga menggunakan hanya satu fotografer untuk pernikahan saya," tambahnya. Lelaki yang berusia 44 tahun itu berkata, dia telah menabung untuk biaya pernikahan itu sejak tahun 2007.

Persiapan acara pernikahannya sendiri dilakukan Mbele sejak awal tahun ini. Dilaporkan tindakan Mbele tersebut melanggar semua peraturan adat yang ada di Afrika Selatan mengenai amalan poligami. Tradisi di Afrika Selatan memperbolehkan poligami, namun tidak secara bersamaan seperti yang dilakukan oleh Mbele. Mbele sendiri mengakui bahawa dia mencintai semua isteri yang baru saja dinikahinya itu. Pengusaha itu memasang empat cincin pernikahan di jari-jarinya, bagi Mbele cincin tersebut adalah bukti komitmennya terhadap keempat isterinya. Dia juga berjanji akan memperlakukan isteri-isterinya secara adil.





 P/S - Gambar hiasan...





.

Inilah antara 146 lukisan berharga Ferdinand Marcos yang hilang di Filipina


Lebih daripada 140 lukisan daripada Picasso, Van Gogh dan lain- lain yang dibeli dengan dana yang dicuri oleh bekas diktator Filipina Ferdinand Marcos dilaporkan hilang oleh kerajaan negara itu pada Selasa. Marcos memberi koleksi ternilai beliau sekurang-kurangnya 300 karya seni kepada kroni-kroninya apabila rejim pemerintahannya runtuh pada tahun 1986.


 Hanya kira-kira sebahagian daripada itu terdapat di Manila, kata Andres Bautista, ketua Suruhanjaya Presiden Filipina. "Marcos penggemar seni dan mereka membelanjakan berjuta-juta dolar membeli lukisan ini," kata Bautista kepada AFP. 146 lukisan oleh Picasso, Van Gogh dan sarjana lain seperti Renoir, Rembrandt dan Cezanne " mungkin kini berada di mana-mana," katanya.






.

Inilah yang dinamakan penyokong sejati


Meskipun sudah memasuki usia pencen, seorang datuk penggemar salah satu club rugby ini tetap dengan minatnya dengan menciptakan sebuah replika stadium di garaj keretanya. Idea ini terlintas di mimpinya dua tahun yang lalu. Oleh kerana minatnya, datuk ini pun rela menghabiskan dana ditabungannya hingga mencapai $20000. Pembuatan miniatur memanglah hal yang disukai oleh Don Martini, tapi stadium rugby ini adalah salah satu projek terbesarnya. Sebelumnya, dia memang sudah memiliki beberapa miniatur di halaman belakang rumahnya, seperti sebuah desa kecil yang dilintasi rel kereta api model, kincir angin, dan berbagai model lain.


Tapi ianya tidak memuaskannya, Dia inginkan yang lebih besar. Bahkan isterinya menggelarnya gila kerana Don sangat teruja dengan club rugby yang satu itu. Akhirnya, stadium berukuran panjang 20 kaki dan selebar 17 kaki ini terealisasi dengan megah di garaj keretanya. Stadium mini ini dibuat dengan detail yang lengkap.






.

Awas, ubat batuk beracun..


Paling kurang 13 orang meninggal di kota Lahore, Pakistan, setelah minum apa yang disebut kerajaan sebagai ubat batuk beracun. Sebuah perusahaan farmasi, yang dilaporkan memiliki persediaan sirup itu, telah ditutup dan pemiliknya ditahan. Mangsa meninggal akibat ubat batuk beracun terjadi hari Jumaat dan Sabtu lalu. Para pejabat mengatakan sebahagian besar mangsa adalah pecandu ubat bius di kawasan Shahdra di Lahore. Polis mengatakan ubat batuk yang mudah dibeli di farmasi selalunya digunakan para pencandu untuk mabuk, kata polis.

"Sebahagian besar mangsa ditemui meninggal di kawasan kuburan, tempat para pecandu ubat bius mencuba berbagai macam ubat terlarang," kata pejabat polis Atif Zulfiqar kepada bilik berita AFP.
 Menteri bahagian Provinsi Punjab memerintahkan penyelidikan disiapkan dalam 72 jam ini. Ketua kesihatan provinsi merampas sejumlah jenama ubat dan menyita persediaan obat batuk itu. Beberapa laporan menyebutkan ubat yang disita masih dapat digunakan. -BBC





P/S - Mereka makan ubat tu macam makan ubat khayal kan..huhu





.

Menjelang hari kiamat, menurut suku Maya


Ketua sebuah desa terpencil di barat daya Perancis, telah bersiap sedia menerima jumlah kunjungan pelancong ke wilayahnya, dalam beberapa minggu akan datang. Hal itu, menyusul akibat heboh yang terjadi di dunia Maya baru-baru ini, bahawa desa Bugarach, akan menjadi satu-satunya tempat yang selamat dalam akhir zaman yang menurut kalender kuno suku Maya akan jatuh pada 21 Desember ini. Bagi mereka yang percaya, sebuah gunung yang berada di desa Bugarach akan menjadi lokasi pendaratan pesawat makhluk luar angkasa, UFO, yang nantinya akan membawa mereka ke tempat yang lebih aman. Pihak kerajaan Perancis telah menegaskan bahawa gagasan itu sangatlah bodoh, namun tetap bersedia dengan serius sebelum apa-apa berlaku.

Seperti diberitakan oleh Oddnews.org. "Dengan mempertimbangkan ini, kita harus mengambil kira semua masalah keamanan dan bersiap untuk kedatangan 300 hingga 3000 orang," kata ketua keamanan Eric, Freysselinard. Pihak berwajib akan menutup desa pada 19 hingga 23 Desember  untuk mencegah datangnya para anggota kelompok kiamat. "Pesan saya, jangan datang kesini untuk alasan bahawa akan terjadi sesuatu disini.." katanya. (oddnews.org)






.

Walaupun dia sakit, senyuman tetap menghiasi bibirnya..


Kemampuannya untuk terus tersenyum, walaupun sedang bergelut dengan penyakit leukemia dan pelbagai penyakit lain, melayakkan seorang kanak-kanak lelaki dari Durham, dekat sini terpilih menerima anugerah khas daripada persatuan kebajikan Britain. Max Pedelty, 2, menerima Anugerah Bintang Kecil daripada Cancer Research UK yang memberikan anugerah itu khas kepada pesakit barah berumur bawah 18 tahun di Britain, setelah dia dicalonkan oleh ibunya, Mandy. Pedelty dilahirkan dengan menghidap pelbagai penyakit termasuk jantung berlubang, kerosakan sistem saraf teruk yang membataskan pergerakan ototnya serta sindrom down. Pada September tahun lalu, Pedelty dikesan pula menghidap leukemia.


Namun, semua itu tidak memberi kesan pada riak wajah kanak-kanak itu untuk sentiasa kelihatan ceria, sekali gus menjadi inspirasi buat keluarganya. Selepas menjalani rawatan kemoterapi di Royal Victoria Infirmary, di Newcastle antara November tahun lalu dan Mei tahun ini, dia kini kembali pulih. Mandy berkata, anaknya itu tidak pernah sesekali merungut akan ujian yang dilakukan ke atasnya sejak dia dilahirkan, sebaliknya kekal menjadi seorang kanak-kanak yang ceria. ‘‘Anugerah ini adalah pengiktirafan atas semangat melawan yang ditunjukkan Pedelty,’’ katanya. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!