Saturday, December 1, 2012

Inilah kereta batman..


Kenderaan asal Batman yang dikenali sebagai Batmobile akan dilelong dalam satu acara jualan anjuran syarikat Barret-Jackson di Scottdale, Arizona pada 19 Januari depan. Batmobile sepanjang 5.8 meter itu sebelum ini digunakan dalam siri drama televisyen Batman pada tahun 1960-an yang dibintangi oleh Adam West. Pemilik asal kenderaan tersebut, George Barris mengubah kereta model Lincoln Futura keluaran 1955 itu kepada sebuah kereta futuristik yang lengkap dengan pancaran laser dan telefon mudah alih. Selain itu, kenderaan tersebut juga berkemampuan mengeluarkan asap pemedih mata dan minyak untuk menghalang penjenayah daripada melarikan diri. Walau bagaimanapun, Barret-Jackson tidak menyatakan nilai lelongan bagi kenderaan tersebut. Namun, Batmobile dijangka mampu mencatat jualan sehingga berjuta-juta dolar. - Agensi

Kris Dayanti ni mengidam pelik bila hamil


Diva pop, Kris Dayanti, kini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak keduanya hasil perkahwinan dengan hartawan dari Timor Leste, Raul Lemos. Namun, penyanyi berusia 37 tahun itu berkata, dia ‘mengidam’ sesuatu sebelum tiba waktu untuk melahirkan anak itu. Dalam wawancara bersama Kris Isnin lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Mencintaimu itu menyatakan dia ‘mengidam’ untuk menonton konsert penyanyi antarabangsa, Jennifer Lopez yang berlangsung di kota Jakarta. “Saya sedang bersiap-siap dan menjaga stamina supaya tidak letih sewaktu menonton konsert J.Lo nanti," katanya. Konsert penyanyi itu berlangsung di Stadium Antarabangsa Mata Elang, Ancol, Jakarta, baru-baru ini. Selain menonton konsert itu, Kris turut menyatakan keinginannya menonton filem James Bond terbaharu, Skyfall. - AGENSI






.

Penyamun pelajar Malaysia kini bebas


Sabitan ke atas dua lelaki yang dipenjarakan selepas mereka didapati bersalah terbabit dalam rusuhan di ibu kota membabitkan serangan ke atas seorang pelajar perakaunan dari Malaysia Ogos tahun lalu, bagaimanapun dibatalkan mahkamah negara ini. Jutaan penduduk di seluruh dunia menyaksikan dalam ketakutan rakaman CCTV di mana Ashraf Rosli, 21, dirompak lelaki yang berpura-pura mahu membantunya.


Rosli, seorang pelajar akauntan dari Malaysia, sebelum itu ditumbuk di rahang oleh seorang perusuh lain ketika mangsa berbasikal di Barking, timur ibu kota ini pada Ogos 2011. Perbicaraan diadakan secara persendirian di Mahkamah Rayuan, namun Ketua Hakim, Sir Adrian Bruce Fulford dan Sir David Michael Bean mengumumkan keputusan mereka di mahkamah terbuka. - Agensi





.

Sanggup jual ginjal untuk beli iphone dan ipad


Sebanyak tujuh orang termasuk seorang pakar bedah semalam dikenakan hukuman penjara berhubung kes seorang remaja menjual ginjalnya untuk membeli iPhone dan iPad 2, lapor media rasmi. Agensi berita Xinhua melaporkan, pelajar sekolah tinggi, Wang Shangkun, 18, mengalami kegagalan ginjal selepas melakukan operasi pemindahan organ secara haram pada April tahun lalu. Shangkun bersetuju untuk menjual satu daripada ginjalnya selepas bertemu sindiket tersebut di ruangan sembang di dalam talian dan menerima 22,000 yuan (RM10,850) untuk organ itu, walaupun harga buah pinggang selalunya dijual pada harga 10 kali ganda lebih tinggi. Xinhua melaporkan, sebanyak sembilan defendan didapati bersalah kerana berniat mencederakan, walaupun dua orang daripada mereka tidak dihukum kerana hanya berperanan kecil dalam jenayah tersebut.

Lelaki bernama He Wei yang menguruskan pembedahan tersebut, dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun, manakala pakar bedah, Song Zhongyu pula dipenjara tiga tahun, tetapi hukuman itu ditangguhkan selama lima tahun. Wei dan Zhongyu masing-masing menerima sebanyak 50,000 yuan (RM24,399) selepas pembedahan itu. Ibu mangsa, Ou Linchun, sebelum ini memaklumkan mahkamah, tujuan anaknya menjual buah pinggang bukanlah semata-mata kerana mahu membeli peralatan Apple tersebut.

"Anak saya bimbang ditangkap dengan wang hasil penjualan buah pinggangnya, jadi dia membeli iPhone dan iPad 2," katanya. Xinhua melaporkan, defendan yang tidak memeriksa umur Shangkun, memberi pampasan lebih 1.47 juta yuan (RM717,460) kepada mangsa, menyebabkan mahkamah mengurangkan hukuman mereka. - AFP






.

Antara landasan lapangan terbang yang mencabar


Pulau Wake ialah sebuah terumbu karang dengan garis pantai sepanjang 19.3 km yang terletak di Lautan Pasifik bahagian utara. Letaknya 3,700 km di sebelah barat Hawaii dan 2,430 km di sebelah timur Guam. Pulau terbesarnya (juga disebut Pulau Wake) merupakan pusat aktiviti wilayah ini dan memiliki landasan kapal terbang sepanjang 3,000 m.


Landasan pesawat ini cukup mengerikan dan tidak seperti kebiasaan landasan lapangan terbang yang lain, kerana juruterbang pesawat perlu bijak untuk dapat mendaratkan pesawatnya dengan selamat. Pulau ini dinamakan bersempena Kapten Willaim Wake, kapten kapal Prince William Henry yang berkunjung pada tahun 1796.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!