Monday, December 3, 2012

Melihat bagaimana daifnya penjara di Sudan (Gambar)


Mendengar perkataan 'penjara' saja akan terus membuatkan kita terbayang kehidupan yang menyakitkan didalamnya. Belum lagi bagaimana tidak selesanya dan sedihnya hidup dibalik penjara, apatah lagi membayangkan kita menjadi penghuninya. Marilah melihat keadaan-keadaann penjara di Sudan yang amat tidak wajar kerana kapasitinya tidak memadai untuk menampung para pesalah.


Benar, keadaan kehidupan penjara di negara kita jauh lebih baik di bandingkan dengan keadaan kehidupan dalam penjara di Sudan. Di Sudan hak asasi tahanan sebagai manusia tidak mungkin dapat dipenuhi.







.

Inilah wanita pertama Afghanistan yang menjadi juruterbang.. Dia cantik..


Seorang wanita Afghanistan telah berjaya untuk membuktikan kebolehannya dalam menjadi seorang juruterbang solo untuk pertama kalinya dalam rangka projek bersama antara NATO dan Kementerian Pertahanan Afghanistan yang telah ditawarkan kepada perintis latihan program di Pangkalan Udara Shinhad, Afghanistan, lapor Air Force Times. Lt Nilofor Rhmani yang kini merupakan seorang juruterbang wanita tentera pertama dalam pasukan udara tentera Afghanistan untuk terbang secara solo di bawah program latihan juruterbang tentera udara yang pertama diadakan di negara ini dalam tempoh 30 tahun.

Pengarah US Air Force di Afghanistan, Mejar Jeremy Ponn dipetik mengatakan bahawa Lt Rhmani telah "lulus latihan penerbangan pengenalan pada 19 Julai dan memulakan latihan juruterbang rasmi program prasiswazah pada 28 Julai". Laporan itu menyifatkan pencapaian baru-baru ini sebagai "cuba dari segala kemungkinan" terhadap Taliban yang mengamalkan hukuman kejam dan layanan buruk terhadap kaum wanita. Mejar Ponn berkata bahawa Lt Rhmani telah dilihat oleh orang awam di Afghanistan sebagai "model bagi wanita Afghanistan".

Lt Rhmani telah dilatih di bawah pengawasan mentor AS dan NATO sepanjang bulan-bulan yang lepas. Beliau juga merupakan salah satu daripada lima juruterbang di dalam kelas mereka yang telah menerima anugerah bagi pencapaian beliau. Mejar Ponn berkata mereka masih lagi dalam proses untuk menjalani program latihan tambahan sebelum memperoleh pingat sayap mereka. Kelas latihan juga akan diadakan untuk para siswazah pada musim akan datang.






.

Rekod gah Messi agak 'tercalar' dengan kehadiran lelaki berusia 74 tahun ini


Baru-baru ini media-media Eropah memberitakan bahawa Lionel Messi sudah mencatat jumlah jaringan 84 gol untuk Barcelona dan Argentina. Bererti Messi selangkah lagi menyamai rekod 40 tahun yang dipegang Gerd Mueller sejak 1972. Messi nampaknya hampir menjadi mesin gol nombor satu dunia, namun ternyata dia sangat jauh jika dibandingkan pemain yang satu ini. Dia bukan pemain muda yang bertenaga dan prospektif, namun hanya seorang datuk berusia 74 tahun dari negara bahagian Kent, England. Namanya Derek May. Ya, Derek akan membuat Messi letih jika ingin mengejar rekod gol lelaki tua ini. Kerana Derek ternyata sudah mencatat 1300 gol selama kariernya dalam bolasepak.

Dan hebatnya, Derek masih aktif bermain sampai sekarang! Striker yang usianya tiga kali usia Messi ini, telah bermain selama 53 tahun bersama Meridian FC atau sejak 1954. Sepanjang waktu itu pula, dia akan menjaringkan gol. Minggu ini, Derek memasukkan tendangan penalti ketika membawa Meridian FC menang 7-1 atas Borough United di pertandingan divisyen II Liga Veteran Wilayah Selatan Kent. Itu adalah golnya yang ke-1300! “Derek tidak membuang waktu ketika dia meletakkan bola dan langsung memasukkan penalti,” begitu yang didedahkan media tempatan.

Datuk yang sudah memiliki tiga orang anak dan lima orang cucu ini mendapat banyak pujian dari para penyokong Meridian FC. Bahkan di Woolwich, nama Derek seakan lebih popular di kawasan ini daripada Messi. Derek mengaku bahawa dia sudah bermain secara tetap tiga kali seminggu sejak awal tahun ini, dan belum merancang gantung kasut. “Saya hanya akan gantung kasut, kalau bolasepak sudah menggantung karier saya,” ujarnya sambil tersenyum. - AFP






.

Gambar JLO membuat persembahan di Kuala Lumpur (3 Gambar)


Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai JLO telah membuat persembahan yang sangat mengkagumkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Dan walaupun hujan, peminat tetap setia menyaksikan persembahan penyanyi yang berusia 43 tahun itu.


JLO membuatkan peminat dan penonton terpesona apabila membuat persembahan yang baik dan bertenaga dimana dia mengenakan pakaian bodysuit dihiasi labuci sambil mengenakan kasut bertumit tinggi.


Memulakan karier sebagai penari latar menerusi program komedi In Living Color, JLo kini menjadi wanita paling berjaya dalam industri hiburan antarabangsa. Resume kariernya melakar satu lagi sejarah apabila meraih penghormatan terbaru iaitu Wanita Tercantik 2011. Hebat!







.

100 kubur digali untuk upacara Vodoo


Sebanyak 100 makam di pemakaman Cotonou, Benin, Afrika Barat, sejak Sabtu minggu lalu, telah digali oleh perompak makam, sejak hari Sabtu, dimana pihak berkuasa tempatan mensyaki, mereka mencari organ tubuh manusia untuk dijual di pasar gelap. Organ tubuh manusia banyak dicari di Benin untuk digunakan dalam ritual voodoo. Insiden terbaru tersebut merupakan kes pencurian yang paling serius yang pernah terjadi di negara Afrika Barat tersebut, dimana sebahagian besar dari 9 juta penduduk negara itu berlatih vodoo. Pihak berkuasa di Dangbo, sebuah desa 10 km dari ibukota Porto-Novo, mula melakukan penyiasatan setelah seorang tukang batu yang bekerja di pemakaman mengatakan dia melihat beberapa lelaki bertopeng menggali kuburan, dan mengambil organ tubuh dan tengkorak dari dalam makam. "Namun penodaan makam di sini semata-mata kerana wang," ujar Joseph Afaton, Direktor pemakaman. Bahagian-bahagian tubuh manusia dan haiwan jarang dinilai memiliki kekuatan supernatural, sehinggakan boleh digunakan dalam upacara okultisme. -Agensi






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!