Wednesday, December 5, 2012

Berita baik buat yang ingin bercuti ke Beijing


Pelancong asing yang tiba secara transit di Beijing bakal menikmati kemudahan tinggal di bandar raya ini selama 72 jam tanpa visa, berkuat kuasa 1 Jan depan. Kemudahan itu dibuka kepada pelawat dari 45 negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia dan Ukraine, demikian umum pihak berkuasa bandar raya Beijing pada Rabu. Bagaimanapun, kemudahan itu hanya terpakai bagi pelawat yang sudah memiliki tiket perjalanan ke negara destinasi sebelum tiba di Beijing. Kemudahan itu juga hanya untuk pelawat yang memasuki bandar raya ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, manakala mereka yang tiba dengan pengangkutan lain tidak layak. Pelaksanaan polisi baharu itu dianggar menggandakan jumlah ketibaan penumpang di lapangan terbang tersebut. Pada masa ini hanya beberapa kota raya di China termasuk Shanghai membenarkan pelawat yang tiba secara transit tinggal melebihi 48 jam. -BERNAMA





.

Penyanyi cantik ini akan berkahwin pada 12.12.12


Tarikh yang paling dinanti-nantikan tahun ini iaitu, 12 Disember 2012 dijangka bakal menjadi tanggal pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan. Di antara mereka yang telah pun memilih hari tersebut adalah penyanyi popular Low Sook Yee atau lebih dikenali sebagai Suki Low yang mengumumkan dia akan mengikat tali perkahwinan dengan tunangnya Jeremy Chong, seorang ahli perniagaan dan eksekutif muzik yang berasal dari Pulau Pinang.

 Majlis resepsi serta perkahwinan tersebut akan berlangsung di Pulau Pinang dan bakal disusuli dengan sebuah jamuan perkahwinan di waktu malam bertempat di atas kapal SuperStar Libra, Star Cruises. Selain daripada pihak Star Cruises yang menyumbang jamuan makan malam itu nanti, jenama barang kemas dan jauhari tersohor Malaysia, Poh Kong juga akan menata rias Suki dengan barang kemas terhebat mereka pada hari perkahwinannya. Perkahwinan itu nanti bakal disaksikan oleh para tamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat handai terdekat kedua mempelai.

Suki yang juga juara rancangan bakat realiti One in A Million pada tahun 2006 menyatakan yang dia sangat gembira dan bersyukur kerana hari yang dinanti-nantikan akan tiba tak lama lagi. “Saya rasa sangat bertuah kerana telah menemui cinta sejati saya dan tidak percaya yang kami akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang bakal diingati selamanya. Saya harap semua peminat dan rakan-rakan saya akan terus mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kami berdua,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Mencintaimu ini. -MD





.

Ikan ini sangat ganass...dengan giginya...


Melihat kewujudan ikan ini pasti kita akan membayangkan tentang keganasannya. Itulah ikan Goliath salah satu ikan air tawar yang paling menakutkan. Ikan ini juga tergolong sebagai salah satu dari 10 ikan dengan gelaran 'hardest-fighting' atau ikan paling melawan ketika dipancing oleh majalah "Fisherman". Berat ikan ini boleh mencapai sehingga 50kg dan mempunyai gigi yang sangat tajam sebanyak 32 batang gigi. Dengan giginya yang tajam tersebut ia dapat mematahkan mata kail yang keras sekalipun.






.

Muzium Origami di Tokyo


Muzium Origami Tokyo terletak di sebuah tempat yang bukan lazimnya. Muzium ini terletak di dalam lapangan terbang, tepatnya ditingkat 3 Lapangan Terbang Narita Tokyo.


Jika anda singgah ke Tokyo, jangan lupa mengunjungi muzium Origami ini. Sekurang-kurangnya ada 400 lebih origami, seni melipat kertas abad tradisional yang telah disempurnakan oleh Akira Yoshizawa.


Dalam Muzium ini anda juga boleh mendapatkan buku yang berisi panduan cara membuat Origami.


Jika anda meminati seni origami, ini adalah tempat yang paling tepat untuk anda kunjungi..





 P/S - yang bentuk burung pun tak berapa lepas lagi, bila tengok apa yang ada dalam muzium ni, respek! :)





.

Setiap rumah memiliki ular... inilah desa King Cobra


Pelbagai cara dilakukan untuk menarik pelancong untuk datang berkunjung ke kampung mereka. Sebuah desa di Thailand bernama Bangkok Sanga layak disebut sebagai desa Ular. Ini adalah kerana setiap rumah di desa ini ada ular! Bukan ular mainan, tapi ular betul, iaitu King Cobra. Ya, setiap rumah di desa ini memelihara ular sebagai daya tarikan dalam rangka menarik kunjungan pelancong. Penduduk ini sudah biasa bermain-main dengan ular dan dijadikan sebagai hiburan setiap hari. Konon, kebiasaan memelihara ular di desa yang terletak di daerah Sai Mun ini bermula tahun 1951. Waktu itu, ada seorang doktor tempatan bernama Ken Yongla membuat pertunjukkan ular cobra untuk menarik orang supaya mahu berubat padanya. Sejak itu, masyarakat jadi terhibur bersama ular cobra.






.

Gadis muda ini kantoi sembunyikan anak baru lahir dalam almari


Cubaan seorang gadis berusia 20 tahun merahsiakan kelahiran bayinya terbongkar apabila bapanya menemui mayat bayi yang siap dibungkus di dalam almari pakaian anaknya di rumahnya di sebuah perumahan di sini, semalam. Sebelum itu, bapa gadis berkenaan membawa anaknya berjumpa doktor di sebuah klinik di sini, untuk mendapatkan rawatan selepas anaknya mengadu sakit perut kira-kira jam 11.30 malam kelmarin. Pada keesokan harinya, ibu gadis terbabit yang sedang mengemas dapur terjumpa satu objek dipenuhi darah yang diletakkan di dalam plastik dan dia segera memaklumkan penemuan objek itu kepada suaminya.

Untuk mendapatkan kepastian tentang penyakit dialami anaknya, bapa gadis berkenaan membawa bungkusan plastik mengandungi objek itu ke klinik di mana anaknya mendapatkan rawatan, memangkan semasa anaknya berjumpa doktor dia hanya menunggu di luar. Rahsia mula terbongkar apabila doktor memaklumkan objek berkenaan merupakan uri wanita yang baru bersalin dan menasihatkannya untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, doktor yang merawat suspek di hospital mengesahkan suspek bersalin dan bayinya meninggal dunia.

“Bapa suspek meminta suspek menunjukkan lokasi di mana mayat bayi dimaksudkan itu disembunyikan dan menemuinya di dalam almari pakaian di bilik suspek. Mayat bayi itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia sebelum dilahirkan. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. -SH





 P/S - Gambar sekadar hiasan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!