Wednesday, December 5, 2012

Penyanyi cantik ini akan berkahwin pada 12.12.12


Tarikh yang paling dinanti-nantikan tahun ini iaitu, 12 Disember 2012 dijangka bakal menjadi tanggal pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan. Di antara mereka yang telah pun memilih hari tersebut adalah penyanyi popular Low Sook Yee atau lebih dikenali sebagai Suki Low yang mengumumkan dia akan mengikat tali perkahwinan dengan tunangnya Jeremy Chong, seorang ahli perniagaan dan eksekutif muzik yang berasal dari Pulau Pinang.

 Majlis resepsi serta perkahwinan tersebut akan berlangsung di Pulau Pinang dan bakal disusuli dengan sebuah jamuan perkahwinan di waktu malam bertempat di atas kapal SuperStar Libra, Star Cruises. Selain daripada pihak Star Cruises yang menyumbang jamuan makan malam itu nanti, jenama barang kemas dan jauhari tersohor Malaysia, Poh Kong juga akan menata rias Suki dengan barang kemas terhebat mereka pada hari perkahwinannya. Perkahwinan itu nanti bakal disaksikan oleh para tamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat handai terdekat kedua mempelai.

Suki yang juga juara rancangan bakat realiti One in A Million pada tahun 2006 menyatakan yang dia sangat gembira dan bersyukur kerana hari yang dinanti-nantikan akan tiba tak lama lagi. “Saya rasa sangat bertuah kerana telah menemui cinta sejati saya dan tidak percaya yang kami akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang bakal diingati selamanya. Saya harap semua peminat dan rakan-rakan saya akan terus mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kami berdua,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Mencintaimu ini. -MD





.

3 Penyokong CHELSEA:

Akmall Razlan on December 5, 2012 at 8:10 PM said...

Cantiknya Suki.. Lulu bila lagi? calon lulu, mesti yang minat biru dan chelsea kan??? hahaha.. :p

are_lin@yu on December 5, 2012 at 8:24 PM said...

cantiknya dia;-)

hnahdy on December 5, 2012 at 9:20 PM said...

hye dia ambik tarikh hana. aiseh.. lawak ja..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!