Sunday, December 9, 2012

'Jalan' istimewa buat pejalan kaki


Nasib pejalan kaki di China lebih terjamin dibandingkan nasib pejalan kaki di negara-negara lain. Ini adalah kerana, China baru mendirikan sebuah jambatan melingkar yang hanya dikhaskan bagi pejalan kaki. Jambatan melingkar ini dibangunkan 6 meter di atas jalan raya di Lujiazui, Shanghai, China. Dengan jumlah penduduk dan pendatang yang sangat-sangat padat di wilayah tersebut, maka keadaan di kota itu juga turut disesuaikan dengan ramainya jumlah pejalan kaki. Jambatan melingkar ini juga merupakan akses bagi para pejalan kaki ke Oriental Pearl Tower, beberapa mall, kafe, pejabat, dan stesen transit. Lebarnya jambatan melingkar ini dapat memuat 15 orang berjalan berdampingan. Selain itu, tersedia beberapa tangga jalan untuk naik ke atas jambatan tersebut.






.

Penyanyi hebat ini nampak memang ceria, namun disebalik itu tersembunyi kesakitan..


Senyuman memang tidak pernah lekang dari wajahnya. Tetapi nampaknya, Britney Spears sebagai hakim di peringkat akhir Faktor X tidak dapat menyembunyikan tekanan dengan wajah cerianya. Bintang itu dipercayai mengalami psoriasis, mengikut National Enquirer. Dia muncul didalam parti perdana X Factor di Los Angeles baru-baru ini dengan gaun bercorakkan bunga.


Tetapi tompok merah pada buku lali kirinya dan tumit kanan, jelas kelihatan. Satu sumber memberitahu Britney memang mengalami kesakitan pada kakinya, namun dia mampu bertahan sebaik mungkin demi untuk rancangan X Factor. Memang bertahan, kerana dia tetap mengenakan kasut bertumit tinggi..






.

Wujudnya ikan tanpa mata dan sisik


Pelbagai penemuan spesis baru membuktikan dunia masih menyimpan banyak misteri. Kali ini ditemukan ikan unik yang tak memiliki mata dan sisik. Ilmuwan dari Flora Fauna International menemukan spesis ikan yang baru di wilayah Ha Long Bay, provinsi Quang Ninh, Vietnam. Tepatnya ditemukan di Van Gio Island, bahagian dari ekosistem karst yang terdapat di Ha Long Bay. Lebar wilayah Van Gio Island hanya 400 meter. Tasik air tawar di dalam gua tempat ikan ini ditemukan juga hanya 200 meter dari lautan. Spesis itu dinamakan Draconectes narinosus, diambil dari paduan bahasa Yunani dan Latin. Kata "Deacon" bererti naga sementara "nectes" bererti perenang.

"Narinosus" dalam bahasa Latin bererti tulang hidung besar. Jadi, spesis itu adalah "ikan naga yang mempunyai hidung besar". Karakter tanpa mata dan sisik merupakan salah satu adaptasi untuk hidup di lingkungan gua yang gelap. Ikan ini hanya hidup di air tawar gua, walaupun letak gua itu berdekatan dengan lautan.







.

Apa sebenarnya yang terjadi kepada jururawat Kate Middleton?


Stesen radio Sydney 2Day FM menyifatkan kematian Jacintha Saldanha, ekoran panggilan palsu menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles untuk mengetahui keadaan kesihatan Duchess of Cambridge, sehingga membawa kepada jururawat itu semalam sebagai satu tragedi. Mel Greig dan Michael Christian, dari stesen radio itu yang berpejabat di Sydney, yang mendakwa mereka sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles, membuat panggilan palsu pagi Selasa lalu, sehari selepas Kate dimasukkan ke hospital.

Jacintha meninggal dunia di sebuah apartmen dekat dengan hospital di sini semalam. Seorang jururawat didakwa mendedahkan keadaan kesihatan Catherine, yang turut dikenali dengan panggilan Kate, kepada dua DJ Australia yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles, masing-masing nenek dan ayah kepada Putera William. Bercakap pada sidang media, Ketua Eksekutif stesen radio Sydney 2Day FM, Rhys Holleran yakin mereka tidak melanggar mana-mana undang-undang dengan membuat panggilan dan menyamar sebagai kerabat diraja.

Kedua-dua penyampai radio itu membuat panggilan palsu awal pagi Selasa lalu dan kemudian dinilai terlebih dahulu oleh peguam stesen radio berkenaan sebelum disiarkan ke udara. Holleran menegaskan, Greig dan Kristian tidak akan bertugas sehingga notis seterusnya dikeluarkan. “Saya fikir gurauan di radio seperti ini sudah wujud sejak berdekad-dekad dahulu di seluruh dunia dan tiada siapa mampu meramalkan apa yang akan berlaku,” katanya. Rangkaian radio itu kemudian digantung dari mengeluarkan iklan sehingga Isnin ini. -BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!