Sunday, December 9, 2012

Apa sebenarnya yang terjadi kepada jururawat Kate Middleton?


Stesen radio Sydney 2Day FM menyifatkan kematian Jacintha Saldanha, ekoran panggilan palsu menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles untuk mengetahui keadaan kesihatan Duchess of Cambridge, sehingga membawa kepada jururawat itu semalam sebagai satu tragedi. Mel Greig dan Michael Christian, dari stesen radio itu yang berpejabat di Sydney, yang mendakwa mereka sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles, membuat panggilan palsu pagi Selasa lalu, sehari selepas Kate dimasukkan ke hospital.

Jacintha meninggal dunia di sebuah apartmen dekat dengan hospital di sini semalam. Seorang jururawat didakwa mendedahkan keadaan kesihatan Catherine, yang turut dikenali dengan panggilan Kate, kepada dua DJ Australia yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles, masing-masing nenek dan ayah kepada Putera William. Bercakap pada sidang media, Ketua Eksekutif stesen radio Sydney 2Day FM, Rhys Holleran yakin mereka tidak melanggar mana-mana undang-undang dengan membuat panggilan dan menyamar sebagai kerabat diraja.

Kedua-dua penyampai radio itu membuat panggilan palsu awal pagi Selasa lalu dan kemudian dinilai terlebih dahulu oleh peguam stesen radio berkenaan sebelum disiarkan ke udara. Holleran menegaskan, Greig dan Kristian tidak akan bertugas sehingga notis seterusnya dikeluarkan. “Saya fikir gurauan di radio seperti ini sudah wujud sejak berdekad-dekad dahulu di seluruh dunia dan tiada siapa mampu meramalkan apa yang akan berlaku,” katanya. Rangkaian radio itu kemudian digantung dari mengeluarkan iklan sehingga Isnin ini. -BERNAMA






.

2 Penyokong CHELSEA:

k.nana on December 9, 2012 at 5:01 PM said...

kelakar pun ada bila de tayang dkt tv semalam..tp tue lerkan dah ajal...

si cantik matahari on December 9, 2012 at 10:12 PM said...

tapi ape sebab kematian dia ya? sb takut.. atau terkejut??

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!