Wednesday, December 12, 2012

Michael Jackson tidak pernah mati


"Bagi kami, Michael tidak pernah mati. Walaupun jasadnya sudah tiada, namun semangatnya tetap berada di sisi kami sampai bila-bila. Semangat itulah yang kami pinjam sekali gus menyaksikan The Jacksons kembali bersatu dan mengadakan konsert ini," akui salah seorang anggota The Jacksons, Marlon Jackson mengenai adiknya mendiang Michael Jakson. Tambahnya, walaupun sudah tiga tahun adiknya 'pergi' namun ia tidak bermakna kenangan bersama penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop itu terus lenyap dari ingatan. The Jaksons yang kini berada di tanah air bakal mengadakan konsert The Jackson Unity Tour, di Stadium Negara Kuala Lumpur, malam esok. Konsert yang dalam rangkan siri konsert jelajah dunia mereka ni dibawakan khas oleh Offshore Entertainment Production. Janji The Jacksons, mesikpun ketiadaan Michael Jackson pun begitu semangat figura yang mendapat jolokan Raja Pop itu tetap akan mengiringi persembahan mereka.


Sebagai bukti semangat adiknya itu masih bersama mereka, kumpulan yang turut dianggotai oleh Jackie, Jermaine dan Tito Jackson itu turut mengadakan persembahan tribute untuk Michael. "Memang kami sudah merancang untuk mengadakan persembahan tribute untuknya pada malam itu dan kami akan menyanyikan banyak lagu popularnya dalam segmen terbabit," ujar Jermaine pula. Dalam masa sama Jermaine menegaskan, hubungan mereka tetap utuh dan dakwaan kononnya berlaku pergaduhan antara mereka sewaktu mengadakan siri konsert Victory Tour, 28 tahun lalu, tidak benar sama sekali.

"Sebelum ini pun ada pertanyaan serupa yang saya terima, iaitu apakah benar kami bergaduh? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda semua perbetulkan gosip yang tersebar itu dengan menyatakan, kami tidak pernah bergaduh sepanjang siri konsert itu berlangsung seperti yang tertulis di internet. "Kami tidak pernah ada masalah, apatah lagi bergaduh seperti yang didakwa. Tapi saya tak nafikan, ada ketika kami berselisih faham juga, terutama dalam memberikan pendapat. Selepas itu kami baik semula," ujarnya sambil dipersetujui tiga anggota yang lain. -MD






.

Jarum suntikan yang mampu kurangkan rasa sakit, kini dihasilkan


Sekumpulan saintis di sini berjaya menghasilkan jarum suntikan yang mampu mengurangkan rasa sakit ketika disuntik dan tahan bengkok, yang diilham daripada struktur duri landak. Ketua penyelidikan, Dr. Jeffrey Karp dari Hospital Wanita Brigham, Boston berkata, idea itu diperoleh selepas mengkaji kaedah mempertahankan diri yang digunakan oleh landak Amerika Utara ketika berdepan dengan musuh. Menurut kajian yang disiarkan dalam jurnal Akademi Sains Kebangsaan semalam, Dr. Karp berkata, landak mempunyai kira-kira 30,000 duri yang akan ditanggalkan sekiranya diserang musuh, sebelum haiwan itu bertindak melarikan diri. Jelas beliau, duri landak menjadi senjata yang berkesan kerana mempunyai hujung tajam halus seperti cangkuk yang terbalik.

Cangkuk tersebut berfungsi seperti mata pisau yang bergerigi, dengan mudah masuk ke dalam tisu dan melekap pada daging serta dalam masa yang sama bertindak mengurangkan tekanan ketika ia ditusuk. "Kami terperanjat apabila mendapati cangkuk tersebut bertindak dalam dua fungsi iaitu mengurangkan tekanan kemasukan bagi memudahkan masuk ke dalam tisu dan memaksimumkan tekanan pegangan bagi membolehkan duri itu sukar dilepaskan," katanya. Berdasarkan struktur tersebut, Dr. Karp dan pasukannya mencipta replika plastik menyerupai struktur duri landak, yang berupaya mengurangkan tekanan ketika dicucuk, namun mudah ditarik bagi mengurangkan kesakitan. Kajian tersebut dijangka mampu memperbaharui rekaan jarum suntikan dan peralatan perubatan pada masa depan. - AGENSI






.

Lelaki ini diserang ipar-iparnya kerana menganiaya isteri


Ini peringatan buat para lelaki yang sudah mempunyai isteri. Sebagai lelaki harus mengasihi dan melindungi isteri, serta jangan sampai menyakiti dan melukai isteri agar tidak bernasib sama seperti lelaki Mesir ini. Dia telah menganiaya isterinya sehingga memnimbulkan kemarahan saudara-saudara iparnya. Para saudara iparnya yang amat marah dengan berani menyerang dia dengan parang dan menurut pihak berkuasa, sebenarnya ipar-iparnya berniat untuk memenggal kepala lelaki ini berikutan luka parah yang dialaminya sangat mengerikan. Dia mengalami luka yang terbuka amat lebar di kedua sisi wajahnya. Namun doktor berjaya menyelamatkan lelaki ini.






.

Kalau kunci hilang, cuba tanya dia..


Seekor kucing peliharaan yang dinamakan sebagai Milo telah 'mencuri' lebih 20 set kunci milik jiran-jiran pemiliknya sejak beberapa bulan lalu. Pemiliknya, Kirsten Alexander tidak mengetahui perkara tersebut sehinggalah suatu hari dia melihat kucing itu pulang melalui pintu khas yang dibinanya dengan satu set kunci tersangkut pada lehernya. Dia juga sedar Milo telah melakukan 'jenayah' tersebut setelah menemukan beberapa koleksi kunci lain di sekitar rumahnya. Alexander, 27, memakaikan tali yang mempunyai magnet pada leher haiwan itu supaya Milo boleh membuka pintu khas kucing tersebut secara automatik.

Pintu khas tersebut dibina bagi menghalang kucing lain daripada menyelinap ke dalam kediaman itu dan makan makanan yang disediakan untuk Milo. Tanpa pengetahuan Alexander, Milo melakukan 'perkara' tersebut di kediaman jiran-jirannya, menyebabkan beberapa barang milik mereka tersangkut pada lehernya terutamanya set-set kunci berkenaan. Pada mulanya, penduduk di Stoke Newington, timur laut London menyangka mereka tersalah meletak kunci mereka, namun lama-kelamaan mula curiga selepas kejadian itu berulang.

Selepas menyedari bahawa 'pencuri kunci' yang sebenar adalah Milo, Alexander melakukan 'operasi mencari' dan akhirnya menemui 12 set kunci di taman yang terletak belakang rumahnya, lapan set kunci di dalam rumah dan enam set lagi di laman rumah jirannya. Dia turut menemui beberapa barangan besi di sekitar kediamannya termasuk paku, pin, skru dan selak. "Saya memang tidak tahu Milo menyelinap ke rumah jiran dan secara tidak sengaja mengambil kunci-kunci mereka. Saya sudah memulangkan kunci tersebut, nasib baik jiran tidak marah dan menganggap kejadian itu sebagai sesuatu yang melucukan," katanya. - AGENSI






.

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja meninggal


Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - BERNAMA





P/S - Al-fatihah..






.

Penjara lama dijadikan hotel


Hotel yang diubahsuai daripada sebuah bekas penjara lama yang telah ditinggalkan, benar benar akan membuatkan kita terasa tinggal dalam penjara namun kita memiliki kebebasan untuk keluar masuk sel. Beberapa sel dan sistem kunci penjara di hotel ini turut disesuaikan dengan keperluan agar tidak menjadi seperti penjara sebenar pada umumnya. Penjara tua yang diubahsuai menjadi sebuah hotel ini menarik pengunjung yang ingin merasai pengalaman tidur didalam penjara, walaupun pada hakikatnya ianya kelihatan seperti hotel..





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!