"Bagi kami, Michael tidak pernah mati. Walaupun jasadnya sudah tiada, namun semangatnya tetap berada di sisi kami sampai bila-bila. Semangat itulah yang kami pinjam sekali gus menyaksikan The Jacksons kembali bersatu dan mengadakan konsert ini," akui salah seorang anggota The Jacksons, Marlon Jackson mengenai adiknya mendiang Michael Jakson. Tambahnya, walaupun sudah tiga tahun adiknya 'pergi' namun ia tidak bermakna kenangan bersama penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop itu terus lenyap dari ingatan. The Jaksons yang kini berada di tanah air bakal mengadakan konsert The Jackson Unity Tour, di Stadium Negara Kuala Lumpur, malam esok. Konsert yang dalam rangkan siri konsert jelajah dunia mereka ni dibawakan khas oleh Offshore Entertainment Production. Janji The Jacksons, mesikpun ketiadaan Michael Jackson pun begitu semangat figura yang mendapat jolokan Raja Pop itu tetap akan mengiringi persembahan mereka.
Sebagai bukti semangat adiknya itu masih bersama mereka, kumpulan yang turut dianggotai oleh Jackie, Jermaine dan Tito Jackson itu turut mengadakan persembahan tribute untuk Michael. "Memang kami sudah merancang untuk mengadakan persembahan tribute untuknya pada malam itu dan kami akan menyanyikan banyak lagu popularnya dalam segmen terbabit," ujar Jermaine pula. Dalam masa sama Jermaine menegaskan, hubungan mereka tetap utuh dan dakwaan kononnya berlaku pergaduhan antara mereka sewaktu mengadakan siri konsert Victory Tour, 28 tahun lalu, tidak benar sama sekali.
"Sebelum ini pun ada pertanyaan serupa yang saya terima, iaitu apakah benar kami bergaduh? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda semua perbetulkan gosip yang tersebar itu dengan menyatakan, kami tidak pernah bergaduh sepanjang siri konsert itu berlangsung seperti yang tertulis di internet. "Kami tidak pernah ada masalah, apatah lagi bergaduh seperti yang didakwa. Tapi saya tak nafikan, ada ketika kami berselisih faham juga, terutama dalam memberikan pendapat. Selepas itu kami baik semula," ujarnya sambil dipersetujui tiga anggota yang lain. -MD
.
1 Penyokong CHELSEA:
Tadi ada tengok juga berita pasal nie, baru tahu yang abang2 michael jackson orang islam
Post a Comment