Saturday, December 15, 2012

Berpakaian ninja untuk jadi superhero


Seorang peminat komik di sini, mempunyai cara tersendiri untuk 'membantu' pihak polis memerangi jenayah dengan berpakaian seperti seorang pahlawan ninja. Dengan mengenakan pakaian serba hitam dilengkapi pedang kayu dan bom asap, Tanis Baker (gambar), menganggap dirinya sebagai 'mata' dan 'telinga' polis untuk melaporkan sebarang kejadian jenayah di kawasan perumahannya. Bagaimanapun, hasrat murni itu menjerat dirinya sendiri apabila dia ditangkap polis yang menyangka dia adalah penjenayah yang memiliki senjata berbahaya.


Baker, yang mendapat jolokan sebagai Ringland Ninja oleh penduduk tempatan, ditahan ketika sedang bersembunyi di balik belukar sebuah taman permainan kanak-kanak bersama pakaian ala ninjanya dan sebilah pedang kayu. Polis berkenaan turut meminta bantuan sebuah helikopter, sepasukan pegawai bersenjata dan unit anjing pengesan untuk menahan Baker. Ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Cwmbran, di sini, peminat komik superhero Superman dan Batman itu mengakui, dia mahu menjadikan identitinya itu sebagai satu ketakutan kepada penjenayah.

Menurutnya, dia mula berminat menjadi ninja apabila sering dibuli selama beberapa tahun dan mengalami kesukaran untuk membesar di kawasan tempat tinggalnya. Sejak itu, pemuda berusia 21 tahun itu mendakwa, dia banyak membantu polis melindungi keselamatan penduduk dengan menjadi ninja. Baker akhirnya diletakkan di bawah pemantauan polis selama 12 bulan serta diarahkan untuk membuat kerja amal selama 60 jam. Pihak mahkamah turut memberi amaran agar Baker tidak mengulangi perbuatannya itu yang boleh menimbulkan banyak masalah termasuk kepada dirinya sendiri. - AGENSI






.

Haiwan dengan kaki 6, lahir pada 12.12.12


Tidak dapat dipastikan sama ada kelahiran seekor kambing ada kaitan dengan tarikh istimewa 12 Disember 2012 atau hanya kebetulan semata-mata. Namun, itulah perkara yang berlaku ke atas seekor kambing di Kampung Mancar, Mukim Peterongan, di sini yang dilahirkan pada Rabu lalu dengan mempunyai enam kaki dan dua alat kelamin. Keunikan itu telah menarik perhatian penduduk kampung yang berduyun-duyun mengunjungi kediaman Ponidi, pemilik kambing berkenaan. Ponidi ketika ditemui Liputan6.com memberitahu bahawa seekor kambingnya telah melahirkan dua ekor anak, baru-baru ini. ''Anak kambing yang pertama lahir dalam keadaan sempurna, namun anak kambing yang kedua sama sekali berbeza.






.

Stadium dengan bentuk buaya?


Kelab Superleague Turki, Bursaspor, digelar "Yesil Timsahlar", yang bererti "Buaya Hijau". Terinspirasi oleh gelaran tersebut, Bursaspor mendedahkan rekabentuk stadium baru mereka yang berbentuk buaya raksasa. Stadium yang terletak di kota Bursa, Turki, ini dirancang akan berkapasiti 45 ribu tempat duduk, sebuah stadium bolasepak moden yang diberi nama "kandang buaya". Rekabentuk ini memang aneh dan lain daripada yang lain. Namun berdasarkan gelaran mereka, stadium ini memang dicipta khas untuk memperkenalkan kelab mereka.. Dan beberapa penyokong setia Bursaspor sendiri mengakui rekabentuk stadium ini lebih mirip ular hijau raksasa daripada seekor buaya.





.

Awas pencuri stokin yang sedang berleluasa..


Seorang pelajar perempuan sekolah menengah di Jepun diserang pencuri stokin dalam kejadian terbaru membabitkan siri serangan sama yang menjadikan remaja perempuan sebagai sasaran, kata polis. Remaja berusia 16 tahun itu sedang berjalan kaki di pinggir bandar Tokyo apabila dia dijatuhkan ke atas tanah oleh seorang lelaki yang menanggalkan stokin di kaki kiri mangsa dan terus beredar dengan barangan berkenaan. Polis berkata, sekurang-kurangnya empat remaja wanita di kawasan yang sama menjadi mangsa pencuri stokin sejak September. Mangsa terbaru itu tidak dicederakan oleh pencuri yang dipercayai berumur antara 30-an dan 40-an dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki yang sama bertanggungjawab terhadap insiden lain. - AFP




P/S - Gambar sekadar hiasan..






.

Jom intai anak-anak Beckham yang mulai membesar


Pasangan David Beckham dan Victoria Beckham memang diakui sebagai antara pasangan paling bahagia di seluruh dunia. Keluarga Beckham ini selalu mencuri perhatian umum, di mana pun mereka berada. Pasangan yang memiliki 4 orang anak ini bukan saja mewariskan dunia selebriti pada keempat anak mereka, tetapi juga kebijakkan berdandan dan bergaya. Anak-anak Beckham terdiri dari 3 lelaki, Brooklyn, Romeo, Cruz, dan satu-satunya perempuan, Harper. Ketiga anak lelaki pasangan ini sudah membesar dan semakin kelihatan mirip si ayah.


Bahkan, Harper yang masih kecil juga sering digayakan seperti ibunya. Ketika ditemui ketika hendak makan malam di Restoran Maze milik Gordon Ramsay baru-baru ini, ketiga anak lelaki Beckham ini memperlihatkan gaya berpakaian mereka yang sama elegannya dengan si ayah. Ketiganya tampil dengan dandanan yang formal namun kasual, dengan pakaian yang kemas. Sayangnya, waktu itu, David Beckham tidak ikut makan malam bersama Victoria dan keempat mereka.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!