Spekulasi mengenai pengganti Yuna untuk membawakan lagu Terukir Di Bintang dalam Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27), Ahad ini terjawab apabila pemenang AJL24, Aizat diumumkan sebagai penyanyi pilihan. Aizat akan mempersembahkan lagu tersebut diiringi barisan ahli muzik Yuna sendiri terdiri daripada Efry Arwis (bass), Farhan Fadzlishah (gitar) dan Adil Ali (drum). Mereka kini giat menjalani persiapan saat akhir dalam tempoh tiga hari ini. Keputusan dicapai selepas perbincangan bersama antara pihak pengurusan Yuna (Yuna Room Records) dan sidang produksi AJL27. Terukir Di Bintang hasil ciptaan sepenuhnya Yunalis Zarai, 27, merupakan lagu kesembilan yang akan dipersembahkan pada pertandingan itu. - UTUSAN
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment