Tuesday, January 1, 2013

Aneh : Angel or Hero, yang wujud dalam video itu?


Media mujahidin Chechnya Kavkaz Center memetik sebuah berita menarik tentang sebuah video klip yang menggambarkan seorang yang berpakaian serba putih dari Syria. Video ini memperlihatkan suasana perang di Syria yang baru-baru terjadi. Ketika tembakan membabi-buta menyerang kumpulan manusia, salah seorang terkena hentaman peluru dan terbaring di tengah jalan. Orang ramai hanya mampu melihat tanpa berani keluar dari tempat persembunyian kerana jalanan berada dalam serangan Alawites, mazhab minoriti pendukung rezim Partai Baath yang berkuasa di Syria. Orang ramai berteriak, panik, dan bertempiaran lari.

Mereka tidak tahu bagaimana membantu mangsa yang cedera. Ketika itu, seorang lelaki berpakaian serba putih muncul di latar belakang video. Dia tenang, berjalan santai dan tidak panik seperti yang lainnya. Tanpa mempercepatkan langkahnya, lelaki yang berpakaian putih tersebut perlahan-lahan mendekati mangsa itu dan mengangkatnya dengan santai, sedangkan berat mangsa kurang lebih 80 kg. Dengan satu tangan dia membawa mangsa yang terluka ke kawasan orang berkumpul. Kemudian lelaki tersebut menghilang dari video. Aneh, namun inilah yang berlaku dalam video bertajuk "Angel or Hero? itu. -CKC






.

1 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on January 2, 2013 at 7:28 AM said...

Kuasa Allah... Allah Maha Besar.. Allah Maha Berkuasa.. Allahuakbar!!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!