Menonjolkan kereta mewah dan pakaian mahal menjadi cara kebanyakan orang kaya untuk memperlihatkan kekayaan mereka. Namun cara itu tidak berlaku di China, kerana kini mereka akan dilihat semakin kaya dengan hanya menaiki basikal. Ya, basikal kini menjadi trend baru di China. Ramai orang kaya disana cuba untuk mengubah gaya hidup mereka menjadi lebih pentingkan kesihatan. Mereka lebih memilih menaiki basikal daripada kereta mewah. Meskipun China dikenali sebagai pasaran kereta terbesar di dunia, namun penjualan basikal disana meningkat sepuluh persen per tahun! Basikal yang digunakan masyarakat kaya China ini tentunya berbeza dengan basikal yang dipakai masyarakat biasa.
Harga sebuah basikal yang dimiliki kalangan berada China ini, diketahui lebih mahal dari rata-rata pendapatan yang boleh diperolehi masyarakat biasa dalam tempoh tiga tahun. Bahkan dalam beberapa kes, basikal yang dibeli jutawan China berharga lebih mahal dari harga sebuah kereta. Direktor kreatif sebuah perusahaan kewangan China, Yu Yiqun, mengaku memiliki basikal berharga US$ 16 ribu. Basikal ini merupakan buatan tangan khusus oleh Alex Moulton. “Ini mungkin basikal satu-satunya di Beijing. Ini seperti memandu Roll-Royce berbentuk basikal, sangat klasik, buatan tangan,” kata lelaki berusia 40 tahun yang memiliki sekitar 38 basikal kelas premium itu. -weirdasia.com
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment