Sunday, January 13, 2013

CINTA UNTUK SEDETIK LAGI



Lama dah intai novel ni. Dengan warna birunya, dan ketebalannya ^___^

Tajuk : Cinta Untuk Sedetik Lagi - Ezza Mysara
Halaman : 815 muka surat
Keluaran : Karyaseni
Harga : RM28.00/RM31.00

Novel ni mendapat sambutan baik dari penggemar novel kerana sejak beberapa bulan yang lalu tersenarai diantara novel yang laris. Apa istimewanya? Masa buat pilihan beli novel, lulu tengok novel ni mendapat komen yang hebat dari pembaca. Ada yang cakap ceritanya sedih.

Novel ini mengisahkan pasangan kembar, Naila Farafeesa dan Naila Faraneesha yang berbeza watak namun saling rapat antara satu sama lain. Seorang dengan sikap yang agak kasar dan seorang pula lemah lembut. Feesa yang selalu positif, disahkan menghidap penyakit serius yang membuatkan dia nekad menolak kebahagiaan diri sendiri kerana menganggap dia tak layak bahagia disebabkan nyawanya yang semakin singkat. Seorang lelaki yang sangat menyintainya mendapat tahu penyakitnya dan membuatkan dia melakukan sesuatu untuk memastikan gadis yang menawan hatinya itu akan menjadi isterinya.

'Feesa, percayalah, jika awak ada sedetik lagipun, cinta saya pada awak tak akan pernah padam. Izinkan saya untuk membahagiakan awak. Menemani sisa-sisa hidup awak.. Biar kita lawan rasa sakit itu bersama-sama.. Kerana sebenarnya keadaan yang kita rasai sekarang adalah lebih menyakitkan....'

Tekanan perasaan yang dialami Feesa semakin hebat kerana si ibu yang bersikap dingin terhadapnya. Juga kembarnya yang tiba-tiba kehilangan tunang. Disamping dugaan-dugaan hebat dalam hidupnya, dia bersyukur memiliki seorang suami yang sangat menyintai dan menyayanginya. Apakah akhir cerita novel ini? Dapatkah dia sembuh dari sakitnya, dan adakah ibunya akan menyanyanginya seperti menyayangi kembarnya, Faraneesha?





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

12 Penyokong CHELSEA:

Rozita Ceritaita on January 10, 2013 at 2:46 PM said...

lama x baca buku cinta..

SURIA AMANDA on January 10, 2013 at 3:45 PM said...

balik nanti nak pi cari la..x leh tahan woooo....

Lulu Caldina on January 10, 2013 at 3:54 PM said...

@Rozita kebanyakan buku mmg kisah cinta kak ita ;)

Lulu Caldina on January 10, 2013 at 3:57 PM said...

@SURIA AMANDA hehe

boni kacak on January 10, 2013 at 4:39 PM said...

memang sedih bila orang yang kita sangat2 cintai itu tak boleh hidup lama.... :(

Aziela on January 10, 2013 at 4:43 PM said...

Luluuu...sedeih yer... Ada terasa dilambung ombak tak?

Lulu Caldina on January 10, 2013 at 4:58 PM said...

@boni kacak itulah boni, tapi disebalik kesedihan kisah ni, ada tercuit bahagia didalamnya..

Lulu Caldina on January 10, 2013 at 4:58 PM said...

@Aziela kak, bukan dilambung ombak lagi, dihempas terus..hehe

Ezza Mysara on January 10, 2013 at 9:17 PM said...

salam dear lulu.... wohooo... so touching baca review awak nihh.. sobss... x tahu nak kata apa... just thanks sebab sudi baca n suka.. sememangnya ini buah hati y pertama.. so mmg penuh dengan cacat celanya.... nway thanks... lebiulahh...

Lulu Caldina on January 10, 2013 at 10:40 PM said...

@Ezza Mysara walaupun pertama, tapi mmg berbakat.. Teruskan menulis :)

Solehah Shamsuddin on January 11, 2013 at 12:40 AM said...

kak lulu, sejujurnya solehah xboleh nak baca novel ni. solehah da kisah silam yang sama dengan apa yang diceritakan oleh novel ni. tapi kisah solehah xdapat bersama dengan si dia. si dia pergi tanpa solehah sempat untuk berjumpa dengannya.kisah solehah berlaku ketika solehah masih di sekolah menengah :(

Fakhruddin on January 13, 2013 at 8:51 PM said...

novel cinta?
ada novel seram tak.. kongsi skit..kalau ada nak beli..haha

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!