Aktres sinetron Indonesia, Marshanda selamat melahirkan bayi sulungnya. Aktres berusia 23 tahun itu melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Sienna Amirah Kasyafani, dua minggu lebih awal daripada yang dijadualkan. "Isteri saya mengadu berasa sakit pada malam semalam, dan saya terus membawanya ke hospital. "Sebelum ini, doktor menjangkakan isteri saya bersalin pada 3 Februari ini," kata suami aktres tersebut, Ben Kasyafani. Marshanda dilaporkan melahirkan bayinya menerusi pembedahan ekoran mengalami masalah pada posisi bayi di dalam rahim.
Pasangan suami isteri tersebut melahirkan rasa syukur di atas kelahiran itu dan gembira untuk menjalani kehidupan sebagai ibu bapa. "Syukur alhamdulillah kerana Marshanda dan anak kami berada dalam keadaan sihat. "Kami akan membesarkan puteri kami dengan penuh kasih sayang dan melakukan yang terbaik buatnya," jelas Ben. - AGENSI
.
4 Penyokong CHELSEA:
comel..:)
assalamualaikum Lulu...comel nyer...:)
comel macam mak dia.. :')
GEMPAR:FESYEN WANITA BERTUDUNG YANG TERLAMPAU!
DEWASA:HUBUNGAN ANTARA WANITA DAN PISANG!
ILMIAH:DUGAAN LELAKI MENYAKSIKAN PAYUDARA WANITA!
Comelnya anak dia. Kalau mak pun comel, konfim anak pun comel :)
Post a Comment