Seorang ibu yang membunuh anaknya kerana gagal untuk belajar membaca Al-Quran dengan betul, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Ege Sara, 33, membunuh Yaseen berusia tujuh tahun dan kemudian bakar badannya dalam usaha untuk memusnahkan bukti. Semalam dia menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh kerana dia diberitahu dia akan menghabiskan sekurang-kurangnya 17 tahun di dalam penjara kerana pembunuhan itu. Bapa dan guru-guru kanak-kanak malang itu mengakui bahawa Yaseen merupakan seorang kanak-kanak yang tampan dan riang. Ege pernah menyalahkan suaminya untuk kematian anak mereka. Tetapi juri mendapati dia bertanggungjawab untuk kematian Yaseen selepas dia mengaku memukul nya 'seperti anjing'.
Mahkamah mendengar bahawa Ege telah menjadi taksub dengan ketidakupayaan jelas anaknya untuk mempelajari Al-Quran yang telah diajar selepas sekolah di masjid. Pada hari kematiannya, pelajar sekolah itu sepatutnya pergi berkelah tetapi tidak hadir kerana ibunya mahu dia menghabiskan lebih banyak masa membaca Al-Quran. Selepas dia meninggal dunia, Ege, yang telah memukul anaknya untuk tiga bulan sebelumnya, membakar rumah keluarga di Cardiff, dan ramai menyangka kanak-kanak malang itu telah mati dalam kebakaran. -USnews
.
7 Penyokong CHELSEA:
bangang namanya tu! arwah dah nak baca a-quran tu pun dah patut syukur... budak2..! ape yg dia tau kan?
http://skuterlady.blogspot.com/
sedihnya...
kesiannya... comel budak ni... memang tak patutlah mak dia buat macam tu..
kesiannye kat budak tu..
Kejamm!
kejamnye ibu dia~ isk.. isk...
tgk mke mak dia dh tau....garang tk tentu hala...grr
Post a Comment