Abang kepada Presiden Barack Obama, mengumumkan penyertaannya dalam politik Kenya dengan menyatakan hasrat untuk bertanding merebut salah satu kerusi gabenor wilayah pada 4 Mac depan. Malik Obama, 54, yang berkongsi bapa dengan Barack Obama tetapi berlainan ibu memberitahu agensi berita AFP bahawa kejayaan adiknya sebagai seorang ahli politik telah menjadi pendorong yang besar untuknya berkecimpung dalam politik. Malik seorang ahli ekonomi menyatakan masanya telah tiba untuk dia menawarkan khidmat untuk menamatkan kesengsaraan masyarakat Kenya khususnya di kawasan keluarganya di Kogelo. Bagaimanapun Malik Obama bakal berhadapan dengan saingan yang sengit kerana adik bongsu Perdana Menteri Kenya, Raila Odinga turut menyatakan hasratnya untuk bertanding. Obama mungkin akan bertanding atas tiket bebas. AFP
.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment