Pemain Rugby Wales, Jason Tovey terpaksa lewat hadir dalam pertandingannya di Perancis kerana Buster, anjingnya telah memakan pasportnya. Kelab Jason, Cardiff Blues bakal menghadapi Toulon di Piala Heineken. Sebenarnya Jason sudah berkemas dan bersiap untuk pergi, namun sesuatu telah mengejutkannya. Jason menemui pasportnya dikunyah Buster di lantai bilik tidur. Jason kemudian memuat turun foto pasportnya, lengkap dengan tanda gigi di Twitter, ‘The Remains of pasport’.
Jason juga berkata, Buster selalu mengunyah sesuatu tetapi biasanya stokin dan kasut. "Apabila saya melihat pasport itu, saya fikir saya tidak akan boleh melepasi keselamatan lapangan terbang’’ ujar Jason. Karena pasportnya rosak, pemain berusia 23 tahun itu segera mengurus pasportnya. Setelah membayar 125 euro, Jason akhirnya mendapatkan pasport baru dengan cepat. -mirror
.
3 Penyokong CHELSEA:
haiwan memang tak boleh dijangka..
macam manalah kalau kaki kita kena kunyah dengan anjing tu? lumat tu..hahaha
tu lah... letak lagi merata tempat kan dah kena gigit...
Post a Comment