Dia adalah wanita yang paling banyak digambar dalam generasinya.
Wanita yang sangat disayangi rakyat England ini terkenal dengan penampilan dan cara berpakaian yang sentiasa mencetuskan budaya fesyen. Namun sebenarnya, dalam banyak-banyak gambar yang telah diabadikan, ada sekeping gambar yang masih kekal misteri. Iaitu sekeping gambar hitam dan putih, diambil dalam satu percutian ski sebelum dia bertemu Putera Charles. Ianya dipercayai diambil ketika percutian ski Switzerland sekitar 1979 atau 1980 apabila Diana yang berumur 18 atau 19 tahun. Gambar itu menunjukkan dia berbaring di atas katil dalam chalet dengan seorang rakan lelaki, yang sedang berehat dan meletakkan buku pada bahunya.
Identiti jurugambar tidak diketahui tetapi gambar itu dijual kepada Daily Mirror pada 26 Februari, 1981 - dua hari selepas pertunangan Putera Wales dan Diana diumumkan. Namun, nampaknya, editor surat khabar itu tidak menerbitkan gambar bakal Ratu itu yang akan menimbulkan gosip intim dengan lelaki lain dan gambar itu ditanda dengan : TIDAK AKAN DITERBITKAN. -DM
.
6 Penyokong CHELSEA:
sangat sweet gambar tu.
Comel ya Lady D..
she's so beauty...
Kekaseh lame kot..
lorr mle2 tgk ingtkan itu kwn perempuan dy, rupanya lelaki. asenye klu pic ni disebarkan ketika tu, mmg jd kontroversi nt
cantik..
Post a Comment