Friday, January 11, 2013

Kejam! Remaja dera anak kucing (3 Gambar)


Dua remaja perempuan Britain menggemparkan ramai pihak apabila aksi mereka menghayun seekor anak kucing menggunakan ekor haiwan itu dirakam dan disebarkan di dalam laman sosial Facebook. Remaja berusia 15 dan 16 itu turut membaling ke arah satu sama lain anak kucing berusia lapan minggu sambil ketawa di sebuah kediaman yang terletak di Isle of Sheppey, di sini. Walau bagaimanapun, kedua-dua remaja itu ditangkap dan didenda sebanyak 85 pound (RM425) selepas aksi mereka dilapor kepada polis.


Mereka turut diarahkan bertemu panel khas bagi memastikan tidak terlibat dalam perlakuan sedemikian selama sembilan bulan lagi dan tidak layak memelihara haiwan selama setahun, selepas mengakui kesalahan tersebut di Mahkamah Belia Maidstone. Ketua Inspektor Persatuan Diraja Membanteras Jenayah Kekejaman terhadap Haiwan (RSPCA), Steve Dockery berkata, rakaman itu sangat mengejutkan ramai pihak. "Paling membimbangkan apabila remaja tersebut menganggap perbuatan mereka melucukan. "Penderaan haiwan bagi tujuan hiburan tidak boleh dipandang ringan, tambahan lagi disebarkan di dalam laman sosial, seolah-olah mengatakan perbuatan tersebut boleh diterima," katanya.


Walau bagaimanapun, anak kucing tersebut terselamat dan kini ditempatkan bersama penjaga baharu yang menjaganya dengan baik. Doktor haiwan yang melakukan pemeriksaan tersebut mendapati anak kucing itu hanya mengalami tekanan dan menakjubkan apabila tidak mengalami kecederaan fizikal yang teruk. Seorang lagi rakan kepada dua remaja yang bertanggungjawab merakamkan aksi itu mengaku tidak bersalah dan dijangka dibicarakan pada satu tarikh yang tidak dinyatakan. - AGENSI






.

3 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

bengong pon depa ni, kalau ya pon nak hayun kucing,buat la macam nak kucing nak menari, ni dak, hayun sampai nak mati

boni kacak on January 12, 2013 at 10:28 AM said...

pengaruh filem dan game ganas lah ni.. tak lain tak bukan

Key Master on January 31, 2013 at 5:18 PM said...

babi punya punya budak

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!