Sudah enam bulan pelakon veteran, Kuswadinata, hanya mampu terlantar di katil kerana menderita pelbagai komplikasi penyakit. Selebih masanya lagi dihabiskan di hospital untuk menjalani rawatan lanjut hingga boleh diibaratkan Hospital Ampang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai rumah keduanya. Walaupun dalam keadaan semakin uzur, Kuswadinata atau nama sebenarnya, Kuswadi Bujang, 74, dilihat masih bersemangat untuk kembali pulih walaupun sebenarnya penderitaannya hanya empunya diri yang tahu. Kuswadinata dikesan mengalami penyakit kanser prostat, komplikasi pendarahan ulser usus, buah pinggang kanan rosak dan kanser kelenjar. Khamis lalu, B*POP berkesempatan menziarahi Kuswadinata di kediamannya di PPR Hiliran Ampang.
Wakil B*POP disambut isterinya, Kamariah Mohd Said, 57. Sewaktu kunjungan itu, Kuswadinata dilihat hanya berbaring dan sesekali membuka mata, selain ada kalanya sempat menjeling ke arah isterinya yang sedang ditemubual. “Keadaan kesihatan Abang Kus tidak banyak berubah sejak akhir-akhir ini. Baru-baru ini, dia dimasukkan ke Hospital Ampang selama empat hari kerana mengalami sesak nafas. Kalau ikutkan, Abung Kus sendiri sudah tidak mahu ke hospital kerana sudah bosan keluar masuk hospital, namun terpaksa dimasukkan ke hospital juga berikutan mengalami sesak nafas yang teruk,” katanya. -BH
.
3 Penyokong CHELSEA:
semoga beliau cepat sembuh...amin..
Sejarah Yang Disenyapkan : The Silent Riot!
Semoga diberikan kesihatan yg baik. Dah tua daa sangat.
semoga beliau cepat sembuh .
Post a Comment