Monday, January 28, 2013

Torres berjaya selamatkan Chelsea..


Jaringan pada lewat permainan oleh Fernando Torres menjadi penyelamat buat penyandang juara Chelsea daripada tersingkir pada pusingan keempat Piala FA menentang Brentford apabila bangkit untuk seri 2-2, semalam. Torres menjaringkan gol penyamaan Blues pada minit ke-83 setelah pasukannya ketinggalan 1-2 ke atas kelab Liga Satu itu di Griffin Park. Keputusan semalam menghidupkan peluang Chelsea untuk mempertahankan trofi Piala FA musim ini selepas gagal melangkah ke final Piala Liga apabila tewas menerusi agregat 0-2 kepada Swansea sebelum ini setelah terikat 0-0 pada separuh akhir kedua. Pada perlawanan semalam, Chelsea dikejutkan dengan gol awal tuan rumah Brentford pada minit ke-42 hasil jaringan penyerang, Marcello Trotta.


Bermula babak kedua menyaksikan Chelsea mula mengatur rentak untuk mendapatkan gol penyamaan dan berjaya dilaksanakan apabila rembatan kencang Oscar tepat mengenai gawang Brentford pada minit ke-55. Namun corak permainan skuad bimbingan Rafael Benitez seakan terganggu apabila Brentford dihadiahkan penalti selepas penjaga gol Chelsea, Ross Turnbull dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan pemain lawan di dalam kotak. Penalti berjaya dimanfaatkan dengan baik oleh Brentford pada minit ke-73 hasil jaringan Harry Forrester sebelum Torres menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki tujuh minit. - REUTERS




P/S - Gila tajuk.. Kebetulan dia gol disaat-saat terakhir boleh lak jadi hero. Sepatutnya, dengan status dia pemain mahal di Chelsea, full time kat padang dah jaringkan beberapa gol.  #%$^#







.

2 Penyokong CHELSEA:

Fariq on January 28, 2013 at 10:12 AM said...

tak puas hati betul tgk game semalam.. rasa nak demam je tgk.. bila la rafa nak kena pecat ni.. aduyai..

Kancil 8349 on January 28, 2013 at 11:47 AM said...

terbaik pemain chelsea

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!