Friday, January 18, 2013

Pemain bola sepak dan kekasih sibernya


Bintang bola sepak Universiti Notre Dame, Manti Te’o, menjadi mangsa penipuan internet selepas kekasih beliau yang ditemui secara ‘online’ sebenarnya tidak wujud, kata pentadbiran kolej berkenaan kelmarin. Manti Te’o popular kerana cemerlang dalam permainan bola sepak Amerika selain dikenali selepas kematian neneknya dan kekasih online berkenaan, Lennay Kekua. Kekua mendakwa dia seorang siswazah Universiti Stanford tetapi sebenarnya berpura-pura rapat dengan Manti selain berpakat dengan pihak lain hingga menyebabkannya percaya dia meninggal kerana leukimia,” kata jurucakap universiti itu, Dennis Brown, dalam satu kenyataan.


 Dimaklum Te’o 

Pengarah Atlet Notre Dame, Jack Swarbrick, berkata pihak universiti mengetahui mengenai penipuan itu daripada Te’o pada 26 Disember lalu. Notre Dame membuat kenyataan itu selepas laman web Deadspin.com mendedahkan bahawa Kekua adalah ciptaan rakan Te’o. “Te’o memang kehilangan neneknya iaitu Annette Santiago pada 11 September 2012 pada usia 72 tahun. “Tetapi, tiada rekod mengenai kematian Lennay Marie Kekua pada hari itu atau hari lain. Tiada akhbar mengumumkan kematiannya termasuk dalam akhbar pelajar Stanford,” kata Notre Dame.

Deadspin menyatakan, gambar Kekua di internet atau televisyen sebenarnya seorang wanita lain berusia 22 tahun di California. Nama wanita itu juga berbeza, bukan siswazah Stanford dan tidak pernah mengalami masalah leukimia dan tidak pernah menemui Te’o. Bagaimanapun, Te’o mengakui dia menaruh perasaan terhadap Kekua dan ‘mereka selalu berhubung secara online dan telefon kerana pemain bola sepak itu menganggap hubungan terbabit benar.’ - REUTERS






 .

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!