Meh Jenguk~Blog alin

Dapur Tanpa Sempadan...

Tuesday, January 1, 2013

Terpaksa tunggu selama 88 tahun untuk foto perkahwinan


Setiap pasangan yang sedang melangsungkan perkahwinan tentunya ingin momen-momen indahnya tidak mudah dilupakan. Biasanya foto menjadi sebahagian yang sukar dipisahkan untuk mengabadikan peristiwa bersejarah tersebut. Namun lain halnya dengan pasangan Wu Conghan (101 tahun) dan Wu Sognshi (103 tahun), yang berasal dari China. Mereka dengan sabar menunggu selama 88 tahun hanya untuk mendapatkan foto perkahwinan. Mereka adalah pasangan yang berkahwin pada tahun 1924. Ketika itu kamera merupakan benda asing dan jarang dijumpai di China.


Nasib baik kedua pasangan ini masih diberkati usia yang panjang sehingga kamera ketika ini menjadi barang yang mudah diperolehi. Kini impian mereka memiliki foto perkahwinan menjadi kenyataan berkat bantuan studio foto tempatan yang bersedia membuat album foto perkahwinan pasangan yang berasal dari Nanchong, Sichuan itu. Dalam sebuah fotonya, Conghan dan Sognshi tidak malu menunjukan kemesraan di depan kamera. Mereka bahkan mengenakan pakaian pengantin seperti pasangan pengantin baru. Sognshi juga nampak anggun ketika membawa seikat bungan mawar merah dalam foto tersebut. -chinanews







.

3 Penyokong CHELSEA:

AiTotYati Mat on January 1, 2013 at 4:00 PM said...

alahai sweetnye.

Cik Fie on January 1, 2013 at 5:41 PM said...

amboi..bukan main lagi dorang ni . sweet sangat . haha :)

Anonymous said...

Sedih aku tengok..jerana mereka sanggup tunggu 88 thn...tpi sweet..


 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!