Wednesday, January 30, 2013

THE WEDDING BREAKER




Sebuah novel yang HARUS korang ada.. :)

Mengisahkan mengenai Ariana Rose yang berniat nak 'menyelamatkankan rakannya daripada mengahwini seorang lelaki mata keranjang. Muncul di hari perkahwinan itu sambil mengaku sedang hamil anak kepada pengantin lelaki. Dan perkahwinan itu terbatal.

Namun masalah itu tidak selesai disitu sahaja. Tengku Adam Kamil, nama pengantin lelaki itu, tidak puas hati dan berusaha menjejaki wanita yang berani memburukkan namanya. Ariana Rose diculik, dan pada mulanya, dia hanya ingin memujuk Ariana Rose untuk tampil menceritakan hal yang sebenar, membersihkan namanya yang tercemar, namun tidak disangka, dia seolah-olah terpaut dengan wanita cantik itu. Ariana yang berkeras, hamilkan anak lelaki itu, membuatkan Adam bingung dan cuba mengingati nama-nama bekas wanita yang ditidurinya, samaada Ariana adalah salah seorang daripadanya. Akibat tidak dapat menahan nafsu, Ariana dirogol, dan kemudian Adam yakin, Ariana masih anak dara.

Pelik bagi Tengku Adam Kamil, sudah ramai wanita bersamanya, namun Ariana berbeza. Dia hanya inginkan Ariana hanya untuknya. Kerana satu malam, Tengku Adam Kamil hampir merogol Ariana buat kali kedua, Ariana ditimpa kemalangan, dan keesokkan harinya Ariana pergi meninggalkan tempat itu. Tengku Adam Kamil sangat kecewa apabila mendapat tahu, satu-satunya wanita yang dicintainya itu sudah bertunang. Nekad berubah, dia menerima jodoh yang ditentukan oleh ibu bapanya.

Dia seperti bayi yang lahir semula, apabila kembali ke jalan Allah, meninggalkan sikap liarnya selama ini. Dan hanya Allah yang mengetahui betapa bersyukurnya dia apabila dia mendapat tahu, jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya, sebenarnya adalah wanita itu... Ariana Rose..

Dah, tak mahu cerita panjang, marilah sama-sama memiliki novel hebat ini, dan menyusuri dunia indah 2 insan yang diolah dengan begitu menarik oleh penulisnya.

Tajuk : The Wedding Breaker
Penulis : Evelyn Rose
Halaman : 642 muka surat
Harga : RM25/28


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui... (Surah Al-Baqarah : 216)





P/S - Recommended by Lulu Caldina.





.

6 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

Say I do at one of the most beautiful places on earth. The Breakers and your special day are made for each other. Cherish the moment in a spectacular setting ...

Evelyn Rose on January 29, 2013 at 12:48 AM said...

Thanks Lulu for your review ! Hmm you seems to be a particular reader ;) as u didnt miss d plot detail.thanks again babe sudi bace TWB and sudi buat review :D

Lulu Caldina on January 29, 2013 at 6:37 AM said...

@Evelyn Rose alhamdulillah, tenkiu sudi singgah :)

Razil Tahir on January 29, 2013 at 12:47 PM said...

macam best!
nak cari laa!!

Cik Farhana on January 31, 2013 at 7:38 AM said...

Oww best ! nak cari buku nih ~ synopsis mmg menarik tertarik !

ainnur said...

ok le tapi lebih suke bace Untuk Semua Dosaku (USD) jalan cerita lebih power.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!