Setiap pemain bola sepak yang melakukan pelanggaran akan dilayangkan kad kuning ataupun kad merah. Pernahkah anda terfikir dari manakah asal usul peraturan ini? Bola sepak wujud dan dipertandingkan sejak abad 19, namun penggunaan kad kuning dan merah baru dilaksanakan di pertengahan abad ke 20. Kisah ini bermula pada Piala Dunia 1966. Pada quater final antara tuan rumah England dan Argentina kebetulan pengadil yang memimpin pertandingan berasal dari Jerman, iaitu Rudolf Kreitlein. Kerana melakukan pelanggaran keras, kapten Argentina, Antonio Rattin, harus dikeluarkan oleh Kreitlein. Masalah perbezaan bahasa membuatkan hal itu menjadi sukar. Pengadil yang berasal dari Jerman ini hanya tahu bahasa Jerman dan Inggris, sementara Rattin tidak faham apa yang dikatakan pengadil itu.
Oleh itu dia tidak meninggalkan padang. Ketika itu, pengadil yang turut bertugas, Ken Aston, kemudian masuk kedalam padang. Dengan sedikit bahasa Sepanyol, dia merayu Rattin untuk meninggalkan padang. Setelah kes ini, Ken Aston kemudian berfikir. Harus ada komunikasi universal yang boleh digunakan oleh semua orang, ketika pengadil memberi amaran kepada pemain atau mengeluarkannya dari padang. Dengan demikian, pengadil tak perlu harus membuat penjelasan dengan bahasa yang mungkin tak diketahui pemain. Suatu hari, dia berhenti di jalanraya. Melihat lampu lalu lintas, tiba-tiba saja idea muncul di kepalanya. Jawapannya adalah: kad berwarna, merah dan kuning. Bila melakukan pelanggaran dan harus diberi amaran, maka kad kuning harus dilayangkan. Sementara kad merah untuk perlanggaran serius dan pemain yang melakukannya harus keluar dari padang.
Dia segera mengirim usul kepada organisasi bolasepak dunia, FIFA. Dan, idea itu disetujui. Maka ketika Piala Dunia 1970, kad kuning dan merah buat pertama telah digunakan. Ironinya, sepanjang Piala Dunia 1970 tak seorang pun pemain yang dikenakan kad merah. Hanya kad kuning yang sempat dilayangkan. Ada lagi satu hal unik lainnya. Meskipun idea tersebut datang dari pengadil Inggris, negara itu tak serta merta menerapkannya dalam liga mereka. Kad merah dan kuning digunakan dalam liga bolasepak Inggris pada 1976. Ini adalah kerana, pengadil terlalu mudah mengeluarkan kad dan keadaan ini diprotes ramai pemain. Oleh sebab itu, penggunaannya pernah dihentikan pada 1981 dan 1987. AP
.
5 Penyokong CHELSEA:
oh.. gitu asal usulnya.. thanks lulu atas perkongsian yg menarik ni.:))
baru tau asal usulnya kad kuning kad merah...
baru tahu.. hehe
oohh... mcm tu ka.. thanks 4 da info..
asal usul lampu isyarat jalan pulak mcmna
Post a Comment