Wednesday, February 20, 2013

Suami bunuh dan cincang mayat isteri kerana tidak tahan dengan sikap isterinya


Seorang lelaki Iraq, semalam mengaku membunuh dan mencincang mayat isterinya. Lelaki yang hanya dikenali sebagai AJA dan berusia 47 tahun itu memberitahu polis, dia bertindak demikian kerana tidak tahan dengan sikap isterinya. Mereka bergaduh sepanjang masa sejak tujuh tahun lalu. AJA menyerah diri di sebuah balai polis di Abu Dhabi selepas polis melancarkan gerakan besar-besaran memburunya. Mayat mangsa ditemui anak pasangan itu yang berusia 21 tahun, HAJ, di rumah mereka. Pasangan terbabit juga mempunyai dua anak perempuan berusia 16 dan 13 tahun yang bersekolah ketika kejadian. Sumber polis berkata, penyiasat menemui pisau dan pemotong daging digunakan untuk memenggal dan mencincang mayat mangsa di bilik tidur pasangan itu. -AN





.

6 Penyokong CHELSEA:

Athirah on February 20, 2013 at 8:14 AM said...

erk,, psiko nye laki dia tu, mesti dia stress sgt2 tu,,

Unknown on February 20, 2013 at 9:02 AM said...

takutnye..

Unknown on February 20, 2013 at 9:07 AM said...

Mcm xder jln penyelesaian lain

Izwa Kamaruddin on February 20, 2013 at 10:02 AM said...

erks..

Nekwan on February 20, 2013 at 12:38 PM said...

laki kalau stressssss... bini janagn banyak cakap lebih2 lagi beleterrrrr...memang boleh jadi gini kalau kurang iman. minta dijauhi Allah perkara2 gini.

missshoji on February 26, 2013 at 11:42 AM said...

Betul tu Nekwan..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!