Monday, February 18, 2013

"Dia adalah kembar saya. Tak kisah bagaimana rupanya"


Bagi kebanyakan ibu, sebaik melihat anak yang baru dilahirkan, ia akan menimbulkan rasa kasih sayang yang menebal terhadap bayi mereka. Bagaimanapun, keadaan itu berbeza buat Charlene Machin yang hanya merasa takut apabila seorang daripada anak lelakinya dilahirkan dengan mempunyai kecacatan di muka. Machin, 40, dari Stoke-on-Trent mengimbau kembali ingatan apabila melahirkan sepasang anak kembar, Harry dan Oliver pada tujuh tahun lalu. Wanita itu berkata, dia merasa sedih apabila kali pertama memegang anaknya itu selepas melihat Harry tidak mempunyai separuh daripada mukanya. ''Saya hanya merasa terkejut. Perasaan saya adalah bagaimana saya hendak menyayangi bayi ini jika dia kelihatan seperti ini. Apabila saya memegang Harry, saya hanya melemparkan senyuman tanpa sebarang perasaan. ''Saya tidak membawa anak-anak saya ke mana-mana kerana orang dewasa akan memberi renungan pelik dan berbisik-bisik selain adakalanya kanak-kanak yang melihat Harry akan menjerit dan lari,'' katanya.


Bagaimanapun katanya, dia mengubah perasaannya itu dan mula menerima keadaan Harry apabila bayi itu berusia 18 bulan. ''Saya tidak mahu lagi menyembunyikan anak saya dan mahu menghadapi keadaan dengan tabah kerana Harry akan memerlukan bantuan saya apabila sudah dewasa. ''Saya juga melihat Oliver sangat sayang kembarnya dan akan mempertahankan Harry,'' katanya. Harry akan menjalani tiga pembedahan bagi merawat mukanya dan di jangka mata palsu dipasang pada tahun ini. Machin berkata, dia tidak berasa malu apabila orang ramai tahu mengenai ceritanya yang tidak mampu menyayangi anaknya. Dia juga mahu orang ramai faham situasi seorang ibu bila berhadapan dengan kecacatan anak selain menjadikan kisahnya sebagai teladan. - AGENSI






.

3 Penyokong CHELSEA:

Unknown on February 18, 2013 at 5:27 PM said...

mak yang penyayang,,:D

Unknown on February 18, 2013 at 5:27 PM said...

mak yang penyayang,,:D

Unknown on February 18, 2013 at 5:27 PM said...

mak yang penyayang,,:D

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!