Beratus-ratus orang yang menghabiskan masa selama sebulan di kawasan Everglades untuk mencari ular sawa Burma akhirnya hanya dapat menangkap 68 reptilia itu, kata penganjur. Ular sawa paling panjang yang ditangkap adalah sepanjang 4.3 meter dan membolehkan penangkapnya diberi wang tunai AS$1,000 (RM3,000). Suruhanjaya Perlindungan Hidupan Liar dan Ikan Florida (FWC) juga mengumumkan dua pemenang hadiah AS$1,500 (RM4,500).
Bunuh paling banyak
Dua pemenang itu berjaya membunuh ular sawa paling banyak. Spesies ular itu mengancam ekosistem di Everglades. Sebanyak 68 ekor ular sawa Burma ditangkap, kata Pengarah Eksekutif FWC, Nick Wiley. “Bagi kami, jumlah itu memberi sampel terbanyak untuk membolehkan kami menjawab isu ular sawa berkenaan selain meningkatkan keberkesanan menghapuskannya di sana,” katanya. Ular sawa Burma paling awal masuk ke Everglades dipercayai haiwan peliharaan yang berada di sana selepas Florida dilanda taufan Andrew pada 1992. Ular spesies berkenaan sudah mula mengawan dan semakin banyak daripada ular tempatan. Selain mahir berenang, ia juga menjadikan pokok sebagai tempat rehat.
Beri faedah
“Setiap ular sawa yang dibawa keluar memberi faedah besar dan kami tahu ia memerlukan banyak masa untuk melakukannya. “Seperti juga usaha memburu, ia tidak selalu mudah untuk menangkapnya,” kata Wiley. Sebagai sebahagian kempen mengeluarkan ular itu dari Everglades, WCC, satu pertandingan mencari ular itu dilancarkan mulai 10 Januari hingga 10 Februari lalu. -AFP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment