Wednesday, February 27, 2013

Istimewa bagi yang memiliki mata warna coklat


Mereka yang mempunyai mata berwarna coklat boleh dipercayai berbanding lelaki bermata biru atau warna lain, lapor satu kajian. Dalam satu kajian baru diterbitkan dalam PLOS ONE, penyelidik diketuai Karel Kleisner dari Universiti Charles di Republik Czech, menyiasat faktor yang menentukan wajah boleh dipercayai. Pengaruh interaksi sosial Penyelidikan sebelum ini menunjukkan penampilan wajah secara ketara mempengaruhi pelbagai interaksi sosial. Persepsi wajah memberi maklumat berkaitan kepercayaan, berikutan itu ia memberi memberi kesan ke atas kejayaan ekonomi, sosial dan reproduktif seseorang individu. Penyelidik bertanya sekumpulan peserta untuk menentukan kadar kebolehpercayaan wajah lelaki dan wanita berdasarkan dua kriteria.

Pertama, warna mata dan kedua, bentuk wajah. “Sejumlah besar subjek mendapati wajah bermata coklat lebih dipercayai berbanding biru, tidak kira sama ada mereka lelaki atau wanita,” kata salah seorang penyelidik berkenaan. Wajah lelaki bulat bermulut besar dan dagu lebih lebar dilihat lebih dipercayai berbanding runcing, bagaimanapun bentuk wajah wanita tidak banyak memberi kesan sejauh mana mereka boleh dipercayai.

Penyelidik juga menjalankan ujian ketiga, memberi peserta gambar wajah lelaki yang sama kecuali satu variasi: warna mata. Ketika ujian ini mereka mendapati kedua-dua warna mata dianggap boleh dipercayai. Mereka juga mendapati kunci untuk dianggap boleh dipercayai bukan datangnya dari warna mata, namun daripada kriteria wajah yang dikongsi individu bermata coklat. Sebagai contoh, lelaki bermata coklat secara umum memiliki bibir lebar dengan sudut lebih menaik, dagu lebar, mata besar dan kening lebih rapat antara satu sama lain, kriteria dianggap maskulin dan lebih dipercayai. AGENSI





.

1 Penyokong CHELSEA:

||aLeaSaRa|| on February 28, 2013 at 7:28 AM said...

saya MATA COKLAT yehaaa he3...morning sis lulu comel ^^

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!