Pippa Middleton, adik Kate Middleton iaitu bakal permaisuri Britain telah bersetuju untuk menjadi penulis jemputan untuk sebuah majalah bulanan pasar raya popular Britain - Waitrose. Majalah berkenaan dikenali dengan nama 'Waitrose Kitchen'. Wanita berusia 29 tahun itu yang melonjak ke persada populariti setelah menjadi pengapit kakaknya pada tahun 2011 akan berkongsi tips tentang bagaimana hendak menyediakan jamuan dan melayan rakan-rakan dan tetamu di hujung minggu.
Dalam terbitan edisi April, majalah itu telah menjadikan Pippa sebagai 'cover' muka hadapannya. Kolum barunya itu akan dikenali dengan nama; 'Pippa's Friday Night Feasts'. Sebelum ini Pippa bekerja untuk syarikat keluarganya yang menguruskan majlis-majlis keramaian dan syarikat. Pengarang majalah tersebut, William Sitwell berkata, mereka berharap para pembaca akan menghargai tips santai yang bakal diberikan oleh Pippa nanti. -DM
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment