Duchess of Cambridge, Kate Middleton semakin tertekan kerana suaminya, Putera William terlalu bimbang akan kesihatannya. Kerisauan suaminya itu disebabkan Middleton pernah dimasukkan ke hospital kerana alahan teruk dan tiada selera makan. Namun kini, Middleton dikatakan tidak lagi muntah malah semakin kuat dan ceria semula sehingga mampu untuk bercuti bersama William di sebuah pulau.
“Kate gembira dapat berehat sebelum kelahiran anak pertama mereka, tetapi William sangat paranoid kerana khuatir Kate dijangkiti penyakit melalui makanan yang dimakannya. “Jadi, William telah membawa pengawal keselamatan tambahan untuk mengawasi dan menyelia kakitangan dapur supaya buah, sayur, ikan, ayam dan sebagainya dibersihkan dengan betul,” kata sumber.
.
5 Penyokong CHELSEA:
Wow seronoknya suami anak raja..
wahhhhhhhhhhhhhhhhhh,anaknya mesti hensem dan lawa :D
Wiiliam ni pun satu la...Si Kate tu muntah2 ari tu sbb morning sickness...bknya keracunan makanan...hehehehe
Alhamdulillah dapat suami prihatin.tp kdg2 rimas juga kalau risau tak bertempat dan berlebihan.hihi
Mmg merimaskn mcm ni
Post a Comment