Monday, February 4, 2013

Lagi mangsa mendakwa ditipu agensi umrah dan haji


Seorang ahli perniagaan warga Singapura membuat laporan polis kerana mendakwa ditipu sebuah agensi pengurusan haji dan umrah tempatan yang dikendalikan seorang wanita. Pengarah syarikat pengurusan umrah yang beroperasi di Johor Bahru, Jamaluddin Mohammad, 53, mendakwa wanita berkenaan tidak menjelaskan bayaran penerbangan membabitkan seramai 202 jemaah umrah menyebabkan syarikatnya kerugian lebih RM500,000. Jamaluddin berkata, beliau mengenali wanita itu melalui seorang rakan dan pernah berurusan beberapa kali dengannya dalam urusan jemaah umrah dan haji sejak 2011.

"Namun kali terakhir pada tahun lalu beliau tidak menjelaskan bayaran membabitkan 202 jemaah yang saya kendalikan," katanya. Beliau yang berasa dirinya ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada Khamis lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang dihubungi berkata, siasatan sedang dijalankan terhadap laporan ahli perniagaan itu. - BERNAMA




 P/S - Takkanlah pasal agama pun nak menipu.. adeh






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!