Thursday, February 7, 2013

Penyerang Manchester United, Chicharito: kagum dengan keperibadian Nabi Muhammad


Meskipun bukan seorang muslim, penyerang Manchester United, Javier Hernandez mengaku mengkagumi keperibadian Nabi Muhammad SAW. Menurutnya, Nabi Muhammad adalah manusia terbaik. “Saya bukan seorang muslim, tetapi keperibadian terbaik dalam pandangan saya adalah Nabi Muhammad,” ujar Chicarito. Penyerang yang berasal dari Mexico itu juga mengaku merasa hormat kepada umat Islam. "Saya sangat kagum dengan kebenaran agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad kerana sangat wajar menjadi contoh yang baik bagi seluruh umatnya," tambah pemain yang digelar Chicharito ini. Lelaki yang lahir pada 1 Jun 1988 di Guadalajara, Jalisco, Mexico ini bukan seorang muslim. Agama yang dipeluknya adalah Katolik Mexico.

Dia bahkan dikenali sebagai penganut Katolik Mexico yang taat. Dia tanpa segan berdoa di tengah padang sebelum perlawanan bermula. Ramai yang menyangka Chicharito beragama Islam lantaran cara berdoanya mirip dengan cara berdoa seorang muslim, iaitu dengan mengadah tangan ke atas. Bahkan, gaya berdoa Chicharito mendapat protes dari kaum anti-Katholik di Glasgow, Scotland, ketika MU bertanding dalam Liga Champion tahun lalu melawan Glasgow Rangers. -CNN News






.

5 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on February 7, 2013 at 8:25 AM said...

likeeeeee :)

Ayue Rejaluddin on February 7, 2013 at 9:41 AM said...

Suka orang yang berfikiran macam ni....
Eh MU.... =D GGMU!!!

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on February 7, 2013 at 2:28 PM said...

Ya Allah..moga beliau diberikan hidayahMu..amin.. =)

Anonymous said...

Terbaik.. moga dpt HidayahNya.. amiin

Anonymous said...

smoga hati beliau terbuka untuk menerima ajaranMu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!