Wednesday, February 20, 2013

Tahniah, isteri Diego Maradona melahirkan bayi lelaki


Khabar gembira dari pemain bola lagenda Argentina, Diego Armando Maradona. Isterinya Veronica Ojedo melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Buenoe Aires, Argentina, baru-baru ini. Khabar gembira itu dedahkan melalui peguam Veronica, Jorge Arucio. Bayi lelaki itu dinamakan Diego Fernando Maradona Ojeda. Nama itu merupakan gabungan antara pasangan suami isteri itu. Fernando lahir dengan berat 3.2 kg dan lahir tepat pukul 3 waktu tempatan. Fernando lahir satu bulan lebih cepat dari jadual perkiraan doktor. Meskipun begitu, menurut Arucio, keadaan bayi kelihatan sihat. Begitu juga dengan keadaan si ibu.  Bagi Veronica, Diego Fernando merupakan anak pertamanya.

Namun bagi Maradona, bayi itu merupakan anak keempatnya. Maradona sebelum ini sudah memiliki anak dari isteri pertamanya Claudia Villafane iaitu Dalma, Gianina, dan Diego Armando Maradona Sinagra. Diego Sinagra mengikuti jejak ayahnya menjadi pemain bolasepak dan bermain dalam kelab divisyen empat Argentina El Porvenir. Sementara itu, Giana merupakan mantan isteri dari pemain Manchester City, Sergio Aguero. -El Mundo





.

2 Penyokong CHELSEA:

Admin on February 20, 2013 at 4:32 PM said...

nmpk muda bini dia

Unknown on February 21, 2013 at 2:25 AM said...

biasa org glamer..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!