Monday, March 25, 2013

Aneh : 2 anak bersisik di bahagian kaki dan badan


Pasangan suami isteri runsing memikirkan keadaan dua anak mereka yang dilahirkan dalam keadaan bersisik di bahagian kaki dan dan badan. Mohd Firdaus Fazurin, 2, dan Mohd Zulfadli, 1, dari Kampung Belakang Masjid Batu 1, Kuala Ketil juga sering menangis dan demam sejak dilahirkan. Ayahnya, Fazurin Ghazali, 26, berkata, bahagian bawah kaki keduanya anaknya itu bersisik keras dan sering mengelupas. Menurutnya, dia telah membawa kedua anaknya itu ke hospital, namun, doktor hanya memberikan ubat sapu tanpa menjelaskan penyakit sebenar anaknya itu. Fazurin yang sekadar bekerja kampung itu berkata, terdapat beberapa pihak yang pernah tampil bagi membantu keadaan kedua anak itu.

“Ada juga beberapa orang yang datang melihat keadaan anak. Ada kalangan mereka yang memberikan madu agar disapu di bahagian kaki anak. “Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keprihatinan semua pihak. Namun begitu, tiada sebarang perubahan yang berlaku setakat ini,” katanya semasa menerima kunjungan Penyelaras Dun Kuala Ketil, Mohd Khairul Azhar Abdullah. Katanya, dia kini hanya bergantung kepada ubat sapuan bagi mengelakkan kulit anaknya itu mengelupas seterusnya mengurangkan kesakitan anaknya itu. Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ichtyosis (Perkid) Kedah, Mohd Firdaus Mehat berkata, dua beradik kemungkinan berhadapan dengan penyakit Ichtyosis.


Menurutnya, pihaknya akan melawat keadaan kanak-kanak itu bagi melihat sendiri keadaan mereka yang dikatakan mempunyai kulit bersisik. “Antara salah satu ciri penyakit ini adalah kulit bersisik selain mata yang kemerahan. Penyakit ini amat jarang ditemui. Justeru, kita akan melawat dalam masa terdekat untuk mengesahkan penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak terbabit,” katanya. -SH





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!