Friday, March 15, 2013

Awas : Peringatan bagi yang berminat menjadi model


Golongan wanita dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap seorang lelaki yang menyamar sebagai jurugambar model dan menipu mangsa dengan menawarkan pekerjaan lumayan sebelum menyamun mangsa termasuk dipaksa melakukan hubungan seks. Sehingga kini dianggarkan seramai 100 orang model menjadi mangsa lelaki berkenaan yang menggunakan nama DkDk Choong, Alvon Choong dan Derek Choong. Perbuatan lelaki itu terbongkar selepas seorang model wanita menaikkan status di laman sosial Facebook kerana diganggu lelaki itu, baru-baru ini yang menyamar sebagai jurugambar sehingga mendapat perhatian hampir 100 wanita lain yang turut menjadi mangsa. Model itu, Leng Yein, 28, berkata, dalam tempoh seminggu menaikkan status dan nombor telefon lelaki itu dalam laman sosial tersebut, dia dihubungi lebih 70 orang model wanita yang mendakwa mereka turut diganggu suspek.

2 Penyokong CHELSEA:

hana hadi on March 15, 2013 at 10:24 AM said...

dapat tawaran sapa xnak kan.. hehe jgn terjerat bakal2 model

hazanis on March 16, 2013 at 4:18 PM said...

fuhh bahaya.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!