Friday, March 15, 2013

Seorang guru dipecat kerana ajar pelajar rasa darahnya


Seorang guru taman kanak-kanak di Sola, Norway, dipecat setelah mengajak pelajar-pelajarnya merasai darahnya. Pihak sekolah menerima laporan pertama kali dari salah seorang pelajar. Menurut Reuters, kejadian bermula ketika guru itu mengambil sampel darahnya sebelum menemui doktor. Pelajar-pelajarnya hairan melihat cairan merah dalam tabung kecil itu. "Pelajar-pelajar itu bertanya, bolehkah mereka menyentuhnya. Dan guru itu membenarkannya," kata ketua sekolah, Inger Lise Soemme Andersen. Dan guru itu, yang namanya dirahasiakan, memasukkan jarinya dalam darah itu dan memasukkannya ke dalam mulut. Pelajar-pelajar itu pun mengikutinya.

Seorang pelajar menceritakan pengalaman pertamanya merasai darah kepada orang tuanya. "Mereka terkejut dan marah. Mereka kemudian datang ke sekolah," katanya lagi. Kini, guru itu diberhentikan kerja. Selain itu, guru itu juga sedang menunggu hasil pemeriksaan laboratorium untuk mengesahkan samaada dia menghidap HIV/AIDS atau Hepatitis B. Belum dapat diputuskan adakah ibu bapa pelajar-pelajar itu akan membawa kes ini ke muka pengadilan ataupun tidak. -reuters





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!