Seorang kanak-kanak lelaki di sini tidak menyangka belon berisi gas helium yang dilepaskannya dari sekolahnya di sini pada Disember lalu ditemui semula di Australia, semalam. Joshua Blackaby, 6, terkejut apabila menerima sepucuk surat daripada seorang kanak-kanak perempuan bernama Millie dari Australia yang memberitahunya bahawa belonnya ditemui tersangkut pada sebatang pokok di belakang rumahnya di Kurrajon Timur, New South Wales, kira-kira 80 kilometer dari Sydney.
Belon tersebut menempuh perjalanan sejauh 16,970.5 kilometer dari Derby ke Australia. Belon itu dilepaskan oleh Blackaby dan rakan-rakannya bersama kira-kira 300 belon helium lain ke udara dalam satu projek geografi di Sekolah Rendah Wyndham, di sini. -AP
.
2 Penyokong CHELSEA:
wow.. pecah rekod..
nak try la.. hihi..
Post a Comment