Monday, March 4, 2013

Bunuh ibu dengan kejam, kemudian bergambar dengan kepala ibunya seperti memegang piala


Gambar ngeri didedahkan pada hari Sabtu menunjukkan seorang lelaki Bronx dituduh membunuh dan mengerat tubuh badan ibunya, dambil tersenyum dan memaparkan kepala wanita itu ditangannya. Bahsid McLean, 23, dilihat berdiri di hadapan cermin bilik mandi sambil memegang kepala ibunya yang berdarah. Kepala Tanya Byrd, dijadikan seperti trofi dan McLean menggunakan telefonnya untuk mengabadikan gambar mengerikan itu sebagai kenang-kenangan, dalam imej yang telah dibocorkan kepada New York Post. McLean telah didakwa membunuh Byrd, 45, dengan kejam dan bangga dengan perbuatan kejam itu. Seorang pegawai penguatkuasa undang-undang berkata gambar yang mengejutkan itu hanyalah salah satu daripada beberapa imej yang terdapat pada telefon bimbit McLean.


Polis berkata, selepas McLean menikam wanita itu sehingga mati, mungkin pada hari Sabtu atau pada hari Isnin, dia memotong badan ibunya. Kemudian dia dan kawan baiknya menyumbat bahagian badan wanita itu ke 3 beg sampah dan dibuang sekurang-kurangnya empat lokasi berbeza di Morrisania, di mana ianya telah ditemui awal pagi Selasa oleh beberapa ekor anjing di kawasan itu. McLean muncul di mahkamah pada hari Jumaat dan mendakwa bahawa 'dia tidak berbuat apa-apa yang salah.' -AP






.

7 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on March 4, 2013 at 10:19 AM said...

giler!

Unknown on March 4, 2013 at 10:19 AM said...

gila ini!

Rozita Ceritaita on March 4, 2013 at 1:17 PM said...

tak salah? wah?

Anonymous said...

boleh lg ckp xslh tu.. bgus nye anak binatang ni..

Unknown on March 5, 2013 at 10:33 PM said...

sayang..patut ibu die time die kecik dulu ibu die penggal kepala die..

Anonymous said...

Di US mmg ramai yg gila sakit jiwa

Anonymous said...

nasib baik ketiak licin,kalo x,aku tengok pon x nak,....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!